Khamis, 14 Januari 2021

 KERAJAAN MELANTIK KETUA PENGARAH JAKIM BAHARU 

Oleh. Koijul Hairul 

Kuala Lumpur. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapat Ketua Pengarah yang baharu sebaik kerajaan melantik Datuk Abdul Aziz Jusoh bagi menggantikan allahyarham Datuk Paimuzi Yahya yang kembali kerahmatullah baru baru ini. 

Datuk Abdul Aziz Jusoh dipilih menjadi Ketua Pengarah Jakim yang baharu berdasarkan kepada kelayakan dan pelbagai pengalaman didalam perkhidmatan awam penuh cemerlang dimana berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1985. 

Selain berpengalaman berkhidmat dalam beberapa jawatan berlainan dalam JAKIM beliau juga mempunyai Sijil Kaunseling Dan Pengurusan Agama Daripada Muslim College London pada tahun 2003.

Media Terkini dimaklumkan Datuk Abdul Aziz Jusoh disegani, dihormati serta muda berbincang dengan seluruh pegawai di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sejak memulakan tugas dijabatan tersebut sehingga lah masa kini jelas beberapa pegawai ysng dihubungi. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kebenaran biro penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan