Rabu, 20 Januari 2021


 PEDAGANG ROKOK SELUDUP DUDUK BEBAS 

Oleh. Koijul Hairul 

Sabah. Tindakan pedagang rokok seludup yang degil berdudukan bebas sekitar bandaraya Kota Kinabalu dalam masa PKP seluruh Sabah hari ini Rabu tanpa segan silu diperhatikan masyarakat yang menjalankan tugasan mereka yang dibenarkan oleh ketua jabatan masing masing.

Selain dari pedagang rokok seludup yang duduk bebas dilorong lorong depan bangunan kedai turut bebas hari ini adalah tukang pembaiki kasut ditepi tepi lorong tangga bangunan kedai juga mengelirukan pekerja yang siap membawa surat kebenaran majikan bertugas sepanjang masa PKP ini bagi memutus rangkaian Covid 19.

Kejadian ini dilaporkan Joe Gemiriz yang terkilan dimana pedagag rokok seludup dan pembaiki kasut khususnya sekitar Sinsuran Compleks dan Pekan Inanam tidak takut dengan penularan Covid 19 yang kian meningkat lebih tinggi sehingga ribuan seluruh negara dalam sehari tegasnya.

Sehubungan dengan pendedahan ini Joe Gemiriz mengharapkan bukan sahaja sekatan jalan raya dikuatkuasakan malah seluruh bandar dan pekan wajar diperketatkan setiap hari agar tidak ada yang terlepas bebas setiap hari masa PKP ini tegasnya.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pengarah biro penyiaran dan pengiklanan. Editor 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan