Isnin, 25 Januari 2021

Oleh. Basron Kirwan 

Berita Ringkas 

HIMPUNKAN 114 MP TOLAK PROKLAMASI DARURAT 

Kelab Perwira Sabah meminta pihak yang mendakwa 114 MP menolak Proklamasi Darurat menghimpunkan semua golongan terlibat di Stadium Merdeka semasa membuat sidang Media Khas secara siaran langsung agar rakyat seluruh Malaysia melihat bukti yang jelas tanpa tertanya tanya kebenaran nya.

Seringkali Dimomok dengan politik menolak segala usaha kerajaan PN, GPS, GRS, UMNO dan BN dalam pelbagai wawancara namun tidak ada gambar sejumlah 114 ahli MP yang dikaitkan oleh golongan tertentu bagai tak sudah publisiti harian cuba meraih sokongan rakyat yang pantas menyingkap halatuju perjuangan pihak tertentu.

Demikian ulasan Fredy Paulus ahli Kelab Bekas Perwira Sabah yang hairan dimana gambar 114 MP yang didakwa menolak Proklamasi Darurat demi kebaikan dan menyelamatkan bukan sahaja nyawa rakyat malah turut mempertahankan ekonomi negara dari jatuh menjunam sepanjang serangan pandemik Covid 19 ini tegas beliau.

Sehubungan dengan ini Fredy Paulus mengajak rakyat seluruh negara bersatu hati membantu kerajaan dalam sepanjang Proklamasi Darurat demi memutuskan Covid 19 yang terus menular agar tidak terpengaruh dengan berita seumpama yang tersebar ujar beliau.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan