Jumaat, 29 Januari 2021

Oleh. Norzaitie Kirwan 

IMPIAN SESEORANG ANAK GADIS 

Sejak kebelakangan ini laman sesawang dan watsap group dipenuhi ilmu pendapat individu dipamerkan sebagai mencari pasangan hidup yang mendambakan kebahagiaan berkekalan namun ada segelintir dikalangan mereka yang  terlupa bahawa segelintir gadis atau wanita solo mengutamakan kemewahan dan kemampuan lelaki memberi segala impian utama mereka.

Terdapat juga laporan wanita yang terlajak bersuamikan lelaki golongan berpendapatan rendah banyak tidak kekal berikutan nafsu memburu lelaki lagi kaya dari suami mereka terutama rumah besar dan indah disamping beberapa kereta mewah sehingga menuntut cerai dari suami pertama.

Sungguhpun kes seumpama merupakan terpencil namun ia banyak berlaku dimerata tempat dengan kebanyakan suami miskin dipersalahkan tidak mampu memberi kemewahan yang dituntut sang isteri melebihi dari wang gaji suami sehingga berlaku desakan suami membuat kerja sampingan yang salah dan terus menjadi cemuhan masyarakat memberi peluang isteri menuntut perceraian.

Jadikan pendedahan ini sebagai renungan memperbaiki kerukunan hidup berkeluarga dalam suasana sedarhana agar tidak berlaku kepincangan demi mempertahankan sesebuah mahligai rumahtangga yang dihormati masyarakat sekeliling terutama golongan yang gemar meruntuhkan rumahtangga orang lain.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuat iklan niaga  didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan