Ahad, 31 Januari 2021

 Oleh. Huzera Ben 

AMBIL IKTIBAR KEMATIAN COVID 19  

New York. Angka kematian penyakit Covid 19 yang mencapai lebih 2.22 juta nyawa seluruh dunia sehingga hari ini seharusnya dijadikan iktibar mematuhi SOP setiap hari demi menyelamatkan nyawa sendiri serta keluarga masing masing. 

Setiap pemeriintah negara seluruh dunia bertungkus lumus memutus rangkaian virus Covid 19 dengan membelanjakan berbilion dolar namun masih ramai masyarakat yang sanggup melanggar SOP setiap perjalanan harian mereka dikhalayak ramai menyebabkan virus terlibat pantas merebak tanpa memilih mangsa jangkitan. 

Kru Media Terkini luar negara yang meninjau beberapa negara yang banyak diserang virus Covid 19 disamping mengorban nyawa ratusan ribu mengingatkan masyarakat sejagat supaya tidak lalai atau jangan ambil muda kes tersebut memandangkan ianya melibatkan taruhan nyawa jika dijangkiti.
Antara kes kematian yang sempat direkodkan dinegara negara maju hari ini ialah Amerika Syarikat  dengan angka kematian 450,000 Brazil 223,000 Mexico 158,000 India 154,000 United Kingdom 105,000 Itali 88,000 Francis 75,000 Rusia 72,000 Sepanyol 58,000 Jerman 57,000 Colombia 53,000 jelas situasi penularan Virus Covid 19 seluruh dunia amat membimbangkan jika setiap SOP yang dikenakan setiap pemerintah diabaikan masyarakat sekeliling.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan