Jumaat, 22 Januari 2021

PENJUAL ROKOK SELUDUP KEBAL MASA PKP  

Oleh. Gifkir Aming 

Sabah. Bandar dan Pekan Pekan kecil dalam negeri ini terus dihuni sebilangan penjual rokok seludup semasa PKP sejak 12 Januari 2021 tanpa takut dengan pihak berkuasa tempatan yang menguatkuasakan undang undang.

Penjual rokok ini bijak dengan membawa bakul plastik hitam atau beg sandang bagi mengaburi mata pihak berkuasa disamping menjual barang lain seperti Kuaci, Gula Gula, Kacang Goreng, Buah Buahan serta Bunga Bungaan bagi perisai jualan sebenar Rokok Seludup.

Pendedahan sekumpulan orang asli Borneo yang terkilan ditawarkan rokok seludup oleh sebilangan penjual yang menggunakan loghat bahasa bercampung asing walaupun warga asli Borneo tidak ada yang merokok.

Kumpulan warga asli Borneo yang melakukan penggambaran Botani Herba Sebagai Koleksi Penyiaran hairan wanita wanita bertudung dengan pemuda dan pemudi membawa bakul hitam serta beg sandang berjalan dilorong kedai rupanya penjual rokok seludup apabila mendapat pelanggan membeli ujar mereka.

Menurut mereka lagi sumber orang tempatan melaporkan sungguhpun loghat mereka mirip warga asing namun ramai sudah yang memegang Kad Pengenalan Malaysia entah dari mana memperolehinya walaupun tidak diketahui asal kelahiran terang mereka.

Sehubungan dengan pendedahan ini Orang Asli Borneo mencadangkan kepada peroko agar jangan melanggani Rokok Seludup jika mahu membersihkan penjual rokok seludup warga asing dipelusuk negeri ini agar dapat membantu pihak kerajaan membasmi rokok seludup yang merugikan ekonomi negara jelas mereka. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan