Selasa, 12 Januari 2021

Oleh. Jaitos Dumiri 

SOP DAN PKP PERLU DIPERKETATKAN  

Sabah. Langkah memperketatkan SOP dalam perlaksanaan PKP selama 14 hari perlu demi memutuskan rangkaian Virus Covid 19 bagi menyelamatkan nyawa seluruh rakyat dalam negeri ini mahupun Malaysia nya. 

Pemimpin kerajaan juga harus meneliti segala cadangan yang dibuat dengan menilai kesan terhadap keseluruhan masyarakat dalam sepanjang perlaksanaan nya agar keseimbangan sentiasa terpelihara.

Mr. Kanul Gindol seorang aktivis masyarakat berkata demikian dalam satu kenyataan kepada media dekat sini bagi mengulas tindakan  Kerajaan mengenakan semula PKP, PKPB, PKPD dan PKPP diseluruh negara bermula 13 Januari 2021 tegasnya.

Selain dari itu beliau juga berharap dalam perlaksanaan darurat sehingga Ogos 2021 harus lah diteliti dari masa kesemasa agar tidak menjejaskan pelbagai aspek ekonomi negara khususnya kestabilan politik dan hubungan keatas pelabur pelabur dari luar negara yang berurusan dalam negara ini katanya.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kebenaran biro penyiaran dan pengiklanan. Editor 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan