Jumaat, 8 Januari 2021

PENULARAN VIRUS COVID 19 

Oleh. Jasly Dollah 

Sabah. Penularan Virus Covid 19 dalam negeri ini terus dipandang ringan sebilangan masyarakat berikutan ramai yang tidak memakai pelitup muka berjalan dalam bandar dan pekan disamping mengabaikan penjarakan sosial hampir setiap hari, selain dari itu ramai juga memakai pelitup muka sekadar menutup mulut dan dagu manakala hidung ternganga menanti virus Covid 19 masuk dalam kawasan sesak seperti restoran dan kompleks membeli belah mahupun supermarket dan mini market amnya walaupun setiap hari disiarkan segala saranan Kementerian Kesihatan Malaysia agar mematuhi semua SOP yang ditetapkan setiap masa.

Aduan ini disampaikan oleh warga Sabah prihatin yang membawa kru Media Terkini melakukan tinjauan dibeberapa daerah dan bandar dalam negeri ini dimana hanya masyarakat memakai penuh SOP dan pelitup muka bila melihat pasukan Polis dan barisan hadapan membuat rondaan bersama dikawasan tertentu yang mereka lawati ujar warga prihatin.

Dalam tinjauan ringkas kru Media Terkini bersama kumpulan warga prihatin masyarakat yang dilalui tidak mengenali kru Media yang mengenakan pakaian seragam bagai terlepas pandang logo kru media melintasi mereka.

Menurut warga prihatin Sabah, Kerajaan Malaysia dan negeri Sabah amnya wajib mengerahkan semula gerak ronda kawalan Polis DiRaja Malaysia serta Angkatan Tentera Malaysia dalam bandar serta pekan pekan kecil memandangkan ramai bilangan masyarakat kurang mematuhi segala pesan dan teguran para petugas sukarelawan yang dikerah dalam lokasi lokasi tertentu tegas warga prihatin.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kebenaran dari biro pengiklanan dan penyiaran. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan