Ahad, 31 Januari 2021

Oleh. Gifkir Aming 

BUKA MATA PANDANG SEKELILING 

Sabah. Masyarakat perlu membuka mata dan melihat sekeliling bagi memantau perlanggaran SOP seperti mengabaikan pemakaian pelitup muka gantung didagu atau tutup mulut ngangakan hidung bagai kebal dipandang orang ramai disekeliling mereka. 


Kerajaan juga prihatin menghantar kakitangan bagi memusnahkan virus Covid 19 dibangunan kerajaan namun ada pihak duduk ditepi bangunan terlibat percuma bagi berniaga produk ROKOK SELUDUP setiap hari tanpa sewa atau lesen berniaga cukup selesa dengan wang untung bersih setiap hari. 
Kebanyakan yang berkeliaran bebas sepanjang PKP, PKPB dan PKPP adalah golongan wanita bagai tidak takut dengan Virus Covid 19 tanpa ada penjarakan sesama mereka pelitup muka sangkut didagu atau sekadar tutup mulut hidung terbuka menganga umpama kebal dengan penyakit Covid 19 disamping tidak takut dengan hukuman undang undang menanti.

Amat menyedihkan masih ada lagi yang meminta amaran dari kerajaan berhubung kelalaian mereka yang melanggar SOP  dikhalayak ramai sedangkan sudah setahun lebih sudah Covid 19 menyerang negeri ini dengan pelbagai amaran bukan sahaja siaran akbar bercetak malah TV dan Radio serta akbar akbar rasmi didalam online juga setiap hari memberi ruang siaran amaran tersebut namun sentiasa diabaikan oleh segelintir masyarakat tanpa alasan yang kukuh.

Perbuatan yang sengaja melanggar SOP masa kini tidak masuk akal bagi meminta kerajaan memberi amaran memandangkan lebih setahun sudah Covid 19 melanda Sabah dengan ribuan amaran sudah dikeluarkan namun warga tidak mematuhi malah dengan sengaja melanggar SOP yang telah ditetapkan sejak setahun lalu. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan