Ahad, 24 Januari 2021

RAKYAT KAWASAN PKP TANYA BANTUAN MAKANAN?  

Oleh. Koijul Hairul 

Sabah. Penduduk yang terlibat dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertanya pihak kerajaan negeri mengapa bantuan bungkusan makanan tidak sampai kepada rakyat luar bandar yang bukan sahaja PKP malah termasuk dalam zon merah.

Sejak 1 Januari 2021 banyak rakyat berpendapatan rendah dan terkesan dengan pandemik Covid 19 tidak pernah diambil perhatian bagi pengagihan bungkusan bantuan makanan berbanding penduduk berhampiran bandar yang kerap dilawati wakil rakyat bagi mendapat maklumat kepeeluan mereka.

Menurut rakyat negeri ini, seharusnya wakil wakil rakyat bukan sahaja menumpukan warga kota malah lebih utama warga desa juga harus dibantu dengan bungkusan makanan berikutan mereka juga sukar bergerak sepanjang PKP dalam jarak jauh tidak seperti penghuni dekat pekan dan bandar muda berjalan membeli belah tegas mereka.

Bantuan bingkusan makanan untuk golongan yang terkesan zon merah Covid 19 diwar warkan setiap hari oleh pemimpin kerajaan negeri namun rakyat jelata dipergunungan tidak kesampaian pengagihan tersebut walaupun masih dizon merah ujar rakyat yang menemui media terkini.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan