Khamis, 14 Januari 2021


 RAKYAT MINTA KURANGKAN BERPOLITIKING 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Dalam situasi rakyat mendepani Covid 19 yang saban hari meningkat ini orang politik harus mengurangkan bercakap menggugat tampok kerajaan yang berusaha membantu semua lapisan rakyat yang susah dan memutus rangkaian Covid 19.

Aspek terbaru yang mengeciwakan rakyat adalah mengajak ahli parlimen menyertai gabungan PH saranan orang politik Sabah dan mahu semua mp mengusul surat membatal darurat demi mendapat kebenaran mengadakan sidang parlimen dikawasan Negeri Sembilan.

Menurut kumpulan pesara Tentera Tidak berpencen yang menemui Media Terkini seharusnya ahli ahli parti politik turun membantu rakyat yang terkesan dengan Covid 19 serta banjir sana sini dengan sebaik mungkin dan bukan mahu menggugat kerajaan yang berusaha membantu rakyat jelata tegas mereka.

Dalam situasi masa kini beberapa bekas Tentera tidak berpencen mencadangkan ahli ahli politik mengurangkan langkah pidato politiking mereka sebaiknya menghulur bantuan makanan dan wang ringgit terhadap rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid 19 memandangkan mereka adalah golongan berkemampuan tegas mereka. 

Tidak semua rakyat berpendapatan rendah gemar dimomok dengan cakap politiking dalam situasi penuh cabaran pandemik Covid 19 apa tak lagi ramai orang politiking kuat bercakap namun jarang datang menghulur bantuan pada golongan rakyat yang susah.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kebenaran biro penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan