Jumaat, 8 Januari 2021

COVID 19 SERANG 88 JUTA ORANG 

Oleh. Huzera Ben 

New York. Virus Covid 19 tidak mengenal negara mana jika lalai mengatasinya berikutan sehingga hari ini virus tersebut telah menular lebih 88 juta orang dengan kematian lebih 1.90 juta nyawa.

Negara Amerika Syarikat terus menjadi sasaran virus Covid 19 dengan jumlah jangkitan lebih 22 juta orang manakala korban nyawa mencecah 374,000 orang disusuli negara India dengan jangkitan lebih 10.41 juta orang manakala kematian melebihi 150,000 orang.

Bagi negara Brazil hari ini telah merekodkan lebih 7.96 juta orang jangkitan Covid 19 manakala jumlah kematian telah melebihi 200,000 orang disusuli negara Rusia mencecah 3.33 juta orang jangkitan Covid 19 bersamaan melepasi 60,000 nyawa telah terkorban dengan virus penyakit tersebut. 

Hanya kewaspadaan dan pematuhan SOP serta kerap membersihkan seluruh badan sahaja langkah membasmi penularan virus tersebut.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kebenaran dari biro penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan