Khamis, 21 Januari 2021

SAMPAI BILA PENGEMIS JALANAN WARGA ASING?  

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sabah. Pengemis jalanan dilaporkan golongan warga asing bagai tidak berkesudahan dipelusuk negeri ini walaupun sepanjang musim PKP hampir seluruh negara namun golongan terlibat bagai tidak kenal dengan Covid 19.

Pengemis jalanan ini mempergunakan kanak kanak yang masih menyusu badan sebagai daya tarikan masyarakat bagi menghulur wang sebanyak mungkin sebagai tanda simpati melihat anak anak kecil menangis dilaporkan akibat yang menyusukan sekadar ibu pinjaman lapor masyarakat yang mengenali golongan terlibat sekian lama.

Ada juga masyarakat dalam negeri ini hairan mengapa pengemis jalanan boleh bebas berjalan sepanjang musim PKP sedangkan orang asli Sabah terlalu ramai sudah yang duduk rumah mematuhi SOP yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia dan negeri Sabah amnya.

Golongan pengemis jalanan ini dilaporkan bertambah akibat taukeh taukeh kedai terlalu murah hati menghulur wang ringgit sebaik melihat anak kecil menangis enggan menyusu akibat ibu yang membawanya sekadar ibu pinjaman lapor orang asal negeri Sabah yang mengenali mereka.

Sehubungan dengan pendedahan ini warga Sabah yang berkemampuan sekalipun perlu berhati hati menghulur derma terhadap golongan pengemis yang sihat berderet dengan kanak kanak kecil sebagai perisai meraka meraih simpati orang memberi wang yang lebih ujar mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengarah urusan penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan