Khamis, 26 November 2020




 KERAJAAN PERLU TURAP JALAN INI 

Oleh. Jaitos Dumiri 

Sook. Empat kampung yang menggunakan jalan raya ini meminta Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd. Yassin nembantu mereka mengaspal jalan raya terlibat yang semakin teruk entah mengapa tidak ada sebarang perubahan jalan raya mereka walaupun berulangkali bertukar kerajaan namun jalan raya masih menyerupai Anak Sungai setiap kali dimusim tengkujuh.

Pengguna jalan raya tersebut juga mengaku sudah bosan setiap kali pilihan raya berjuang membela segala masaalah rakyat diungkapkan bagi meraih undi namun jalan raya serupa ini berpuluh tahun sekalipun tidak mampu diaspal bagi memberi keselesaan seluruh rakyat yang menggunakan jalan raya berkenaan.

Selain Perdana Menteri Malaysia turut diminta membantu mengaspal jalan raya sebanyak empat kampung dalam Dun Sook ialah Datuk Seri Panglima Haji Hajijih Haji Noor Ketua Menteri Sabah sebagai menghargai jasa kesetiaan penduduk setempat dengan kerajaan negeri Sabah yang baharu ujar penduduk setempat.

Berdasarkan permasalahan jalan raya yang dilalui empat perkampungan dalam Dun Sook adalah menjadi harapan penduduk sekitar mendapat perhatian dari kerajaan pusat serta kerajaan negeri dapat mengaspal jalan raya mereka dalam masa terdekat.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan menyiarkan iklan perniagaan didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan