Khamis, 19 November 2020


 PKPD PENEMPATAN PELARIAN TELIPOK RAMAI TERLEPAS 

Oleh. Koijul Hairul 

Isu perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) skim penempatan pelarian Tongguru Boronuon Telipok dilaporkan oleh penduduk asli orang Telipok banyak melepaskan diri menerusi laluan hutan berjalan kaki  terutama para penjual rokok seludup berlegar legar keliling kedai dan gerai penjaja pekan tersebut sejak dua hari lalu. 

Keliling penempatan pelarian Tengguru Boronuon Telipok dilaporkan orang asli penduduk Telipok terlalu banyak laluan tikus berjalan kaki dimana suku etnik mereka yang tinggal menyewa bangunan rumah pangsa atau rumah orang tempatan berhampiran pekan bertindak mengambil mereka dilaluan tikus jalan jalan kampung berhampiran pekan Telipok tegas orang asli dimukim Telipok.

Menurut orang asli penduduk mukim Telipok  Pasukan Tentera dan Polis harus ditambah bagi meronda bukan sahaja dijalan jalan kampung berhampiran penempatan pelarian malah keliling bangunan kedai dua tingkat seluruh pekan Telipok perlu juga diperiksa berikutan ramai warga asing menumpang dibilik rakan rakan mereka yang menyewa dikawasan terlibat jelas penduduk asli warga Telipok yang menghubungi Media Terkini hari ini.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mempromosi perniagaan didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Editor  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan