Isnin, 30 November 2020


 KOTA KINABALU URUSNIAGA SEPI  

Oleh. Jasly Dollah 

Sejak Covid 19 melanda dunia ternyata bandar Kota Kinabalu terus sepi dalam urusniaga seharian walaupun ramai yang berkerja masa kini namun ramai yang merasa takut untuk memasuki kedai makan berikutan sebilangan pekerja yang diupah merupakan generasi warga asing antara terbanyak dilaporkan jangkitan Covid 19.

Selain dari kedai makan dan kedai minum dipusat bandar Kota Kinabalu menjadi tempat yang sunyi kompleks membeli belah juga turut mulai sunyi berikutan terdapat laporan ramai wanita warga asing bergelang kuarantin masih berjalan cuba memasuki supermarket, superstore, kedai kedai runcit namun dihalau petugas pengawal yang menggunakan khidmat kawalan keselamatan ujar orang asli Sabah.

Antara laporan yang sering kelihatan memakai gelang kuarantin Covid 19 mencuri keluar ke Kawasan Pekan Telipok tanpa takut dilihat orang ramai dimana secara selamba sahaja mempamerkan gelang putih dan pink ditangan sesetengah perempuan asing memasuki pusat beli belah ujar orang asli setempat.

Apapun dalam konteks pandemik Covid 19 menular dinegeri ini semua orang asal Sabah perlu bersatu membantu pengawal keselamatan bagi menghubungi pihak Polis atau Pegawai Kesihatan berhampiran jika melihat bergelang putih atau pink berjalan memasuki mana mana kedai runcit, superstor dan mini market dimana juga kawasan agar kita dapat memutuskan penularan penyakit tersebut. 









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memasuk siaran iklan perniagaan tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Editor 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan