Khamis, 12 November 2020


 SAMPAI BILA JALAN DITURAP LUAR BANDAR 

Oleh. Gifkir Aming 

Sabah. Penduduk luar bandar dalam negeri ini terus menunggu sebilangan besar perhubungan jalan raya terus terbiar tanah merah walaupun sudah hampir 60 tahun merdeka  bersama Malaysia namun warga asli dinegeri ini lebih banyak menunggu dari wakil rakyat mereka.

Menurut orang asal Sabah terlalu banyak lagi jalan raya perkampungan terpencil masih tanah merah sehingga tahun 2020 walaupun sudah merdeka pada tahun 1963 seolah olah jalan raya utama rakyat orang asal Sabah terlepas pandang manakala jalan raya memasuki beberapa penempatan pelarian dalam negeri ini telah lama diaspal yang terbaik ujar mereka.

Kerajaan negeri Sabah yang baru haruslah mengaktifkan semua pemimpin diperingkat bawahan agar mampu melihat semua jalan raya yang terbiar sejak puluhan tahun lalu agar diaspal setanding dengan jalan menghubung dengan penempatan pelarian didalam negeri ini ujar orang asal ketika ditemui kru Media Terkini dekat sini hari ini.






Nota. Dilarang membuat catatan ulasan berita atau mempromosi iklan perniagaan didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan