Selasa, 17 November 2020


 COVID 19 MEMAKAN LEBIH SEJUTA NYAWA DI DUNIA 

Oleh. Huzera Ben 

New York. Amerika Syarikat negara yang tersohor pelbagai kepakaran hairan dengan serangan Covid 19 yang telah membuuh lebih 1.32 juta orang serta telah menjangkiti hampir 55 juta orang diseluruh dunia sehingga berita ini ditulis

Antara negara yang tertinggi dijangkiti serta korban kematian ialah Amerika Syarikat dengan angka kematian berjumlah 251,000 orang manakala kes jangkitan mencecah 11.36 juta orang.

Bagi negara India jumlah kematian berjumlah 130,000 orang manakala jumlah jangkitan Kes Covid 19 masa kini 8.84 juta orang cukup mencemaskan pihak pemerintah negara tersebut.

Sementara itu Covid 19 menyerang penduduk negara Brazil dengan korban nyawa berjumlah 165,000 namun jumlah kes jangkitan positif sehingga hari ini sudah melebihi 5.86 juta orang.

Dalam pelbagai serangan virus Covid 19 diseluruh dunia ia sekali lagi memasuki fasa serangan ganas di negara Francis tanpa diduga sudahpun meragut 44,000 orang dengan jangkitan positif dilaporkan negara terbabit masa kini 1.98 juta  orang hari ini.

 Dalam konteks serangan penyakit Covid 19 negara negara kecil dengan jumlah penduduk yang terlalu rendah harus berwaspada dalam penjarakan sosial agar tidak terdedah dengan serangan penyakit tersebut khususnya kurang dari Satu Ratus juta orang penduduk sesebuah negara agar tidak terkesan dengan serangan penyakit tersebut.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau mempromosi pelbagai perniagaan didalam akbar ini tanpa kelulusan pihak penerbit. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan