Khamis, 25 April 2024

RAKYAT KUALA KUBU BIJAK

Oleh. Basron Kirwan

Selangor. Pertarungan pilihan raya kecil Dun Kuala Kubu Baru terletak pada minda rakyat setempat menilai tanggongjawab calon yang  bertan-
ding sejauh manakah mereka membela warga setempat. 

Ramai yang menawarkan diri bertanding didalam setiap kali pilihan raya namun semuanya bakal dinilai serta ditentukan pengundi kewibawaan mereka membantu rakyat setempat, tidak hairan lah berebut juga orang bertanding didalam pilihan raya sebagai meminta sokongan undi antara parti politik kerajaan dengan parti politik pembangkang selaku wakil rakyat setempat.

Sehingga hari ini dua calon yang diumumkan antara kerajaan perpaduan diwakili kaum Cina manakala parti perikatan nasional diwakili calon Melayu, kedua dua calon berkenaan mengharapkan sokongan undi warga Dun Kuala Kubu Baru pada pilihan raya 11 Mei 2024 kelak yakin raih kemenangan.

Menurut penduduk Kuala Kubu Baru, rakyat akan lihat apa yang calon buat sepanjang berkempen kelak dan sejauh manakah wibawa mereka menemui rakyat jelata berbilang kaum dan agama, jika ada calon yang memilih warga untuk didampingi sepanjang berkempen nanti warga Dun Kuala Kubu Baru baru memilih calon yang layak menjadi wakil rakyat ujar mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan