Jumaat, 1 Disember 2023

MENGAPA BANYAK MEDIA DITUTUP?

(Media Tempatan Harus Dibantu Semua Pihak) 

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Kekalutan penutupan pelbagai akbar tempatan di Sabah haruslah dikaji kerajaan negeri dari masa kesemasa bagi menyekat penyebaran laman sosial peribadi dan apa juga laman yang meregukan.

Kebanyakan akbar akbar Sabahan yang ditutup adalah milik warga Sabah sendiri dilaporkan kurang mendapat sambutan dan kerjasama 

semua pihak khususnya pengiklanan mahupun jualan, amat jelas warga Sabah yang dipercayai melebihi 3 juta orang namun gagal membantu memberi sokongan syarikat akbar tempatan mereka sendiri.

Menurut sumber diperolehi, antara akbar Sabah memutup operasinya lebih awal ialah; warta kinabalu, harian mercu, watan sabah, mingguan waktu, cbs media, borneo mail, sabah times dan berita sabah", ujar penduduk Sabah hari ini.

Media Terkini Kuala Lumpur dimaklumkan hanya Daily Ekpress dan Borneo Post sahaja yang kekal bertahan akbar tempatan Sabah sehingga hari ini, namun dilaporkan lambakan tik tok fb serta laman laman sesawang lain secara persendirian terus  membanjiri negeri Sabah sehingga menjadi ikutan warga tanpa usul periksa jelas orang ramai.

Akibat lambakan media sosial persendirian terlalu bebas makan akhirnya ramai menjadi pemerdagangan manusia dengan pekerjaan diluar negara seperti Myanmar dengan pelbagai tawaran manis namun seksaan yang menunggu dinegara terlibat berdasar yang dilapor Media Media yang berdaftar.

Apapun hanya penduduk dan pemimpin Sabah yang mampu mengkaji bagaimana mereka membantu industri persuratkabaran bercetak dan online bagi menutup laman sesawang buatan sendiri tanpa kawalan dan pengawasan yang hanya mengikut suka hati dan naluri untuk disiarkan.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan