Khamis, 15 Jun 2023

DURIAN DISERANG TUPAI 

Oleh. Gifkir Aming 

Apakah tindakan boleh dibuat oleh pekebun DURIAN kecil kecilan sebaik buah durian mereka diserang SANG TUPAI DAN BEBERAPA HAIWAN LAIN sebelum buah masak sehingga merugikan mereka setiap tahun. 

Haiwan sang perosak ini dilaporkan siang dan malam datang menyerang menyebabkan pemilik kebun hanya memerhatikan buah yang hancur gugur akibat serangan haiwan seperti Tupai dan beberapa lagi haiwan lain yang boleh berada diatas pokok durian mereka. 

Kebanyakan pemilik kebun durian buntu hendak membuat kawalan terhadap haiwan perosak buah buah durian mereka tanpa ada sebarang senjata yang 

boleh digunakan membunuh haiwan tersebut sehingga mengalami kerugian besar setiap tahun jelas pekebun Durian yang ditemui. 

Majoriti pekebun durian kecil kecilan terpaksa menanggong kerugian tinggi setiap tahun berikutan buah durian mereka diserang haiwan perosak setiap malam sehingga menjelang subuh baharu berhenti sebelum disambung semula pada 

waktu siang hingga kepetang silih berganti jelas pekebun kecil hari ini. 

Penduduk kampung terdekat dengan pekebun kecil durian  yang memiliki Senjata Api  berlesen sekalipun tidak mampu membantu  golongan mereka berikutan dalam pembelian peluru tidak semudah  pengurusan nya walau sekadar sebungkus sahaja pun sukar mahu membelinya jelas mereka.

Sehubungan dengan pendedahan ini Kementerian Pertanian Dan Perladangan perlu turun padang melihat kedudukan pekebun DURIAN kecil kecilan sebelum SANG PEROSAK menghabiskan buah buah durian mereka setiap tahun.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan