Selasa, 5 Oktober 2021

TIGA PERDANA MENTERI TIGA TAHUN 

Oleh. Jasly Dollah 

Kuala Lumpur. Dalam masa tiga tahun kebelakangan ini Malaysia telah mendapat tiga Perdana Menteri bertukar ganti merupakan satu moral politik negara yang semakin susut. 

Selain dari itu wujud politik komoditi masa kini era 2021 melibatkan hilang setia pada parti yang diwakili serta pengundi demi  menganggap diri mereka komoditi politik menyebabkan rakyat dan negara menjadi mangsa.

Bayangkan ramai golongan wakil rakyat yang gemar melompat dari satu parti ke parti lain semata mata mengikut suara hati mereka tanpa mengingati undi rakyat didalam parti lain masa mereka dilantik menjadi wakil rakyat dikawasan masing masing. 

Datuk Seri Mohammad Hassan Timbalan Presiden UMNO mendedahkan kemelut politik masa kini sebagai renungan seluruh penyokong UMNO dan BN dimana kerajaan masa kini hanya diwakili 42 wakil parlimen UMNO sebaik kerajaan PH gagal dan PN juga gagal namun jika  kerajaan yang ada masa kini tidak berbuat sesuatu dengan kegiatan melompat sokongan parti pasti semua yang berlaku tiga Perdana Menteri boleh berulang tanpa menguntungkan rakyat dan negara amnya ujar beliau. 

Kerajaan masa kini perlu mengadakan gencatan senjata politik rentas parti jika mahu mengekalkan kestabilan politik negara demi rakyat yang  memilih wakil rakyat mereka dari sesuatu parti politik tanpa mengamalkan komoditi politik semasa ujar beliau. 







 Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan