Isnin, 11 Oktober 2021


 JALAN RAYA PERLU SALIRAN LENGKAP 

Oleh. Jasly Dollah 

Tambunan. Pengguna Jalan Raya Tambunan  Kota Kinabalu meminta kerajaan negeri menumpukan perhatian kearah memperbesarkan saliran perparitan mahupun saliran anak anak sungai disepanjang jalan raya tersebut agar jalan raya tersebut kekal bertahan lebih lama. 

Pembuatan jalan raya berulangkali jika tidak dikaji teliti semua saliran air yang meruntuhkan semua jalan raya apabila hujan lebat berterusan lama sehingga saliran air perparitan penuh dan melimpah mengalir dimerata sepanjang jalan raya menyebabkan ia ya mampu memusnahkan semula jalan raya setiap musim tengkujuh tegas mereka.

Kru Media Terkini dimaklumkan sepanjang jalan raya Tambunan Kota Kinabalu sering mengalami tanah runtuh akibat dihanyutkan oleh air banjir yang deras sehingga semua pengguna terpaksa menggunakan jalan lain yang lebih jauh disamping menyusahlan golongan pengguna setiap musim tengkujuh jelas mereka.

Sehubungan dengan itu para pengguna jalan raya terlibat Tambunan Kota Kinabalu menggesa kepada Kerajaan negeri Sabah supaya terus memperhalusi cara pembinaan jalan raya setempat agar tidak dihanyutkan lagi oleh air setiap kali musim hujan lebat yang lama demi keutuhan jalan raya yang kerap dibina sepanjang masa luah pengguna yang menghubungi kru Media Terkini.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur.  Pengarang 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan