Ahad, 17 Oktober 2021

COVID 19 TERUS MEMBUNUH 

Oleh. Huzera Ben 

New York. Dalam pertarungan seluruh dunia memutuskan rantaian covid 19 dengan menyuntik pelbagai jenama vaksin kepada seluruh lapisan masyarakat disetiap negara masing masing virus Covid 19 terus membunuh sehingga angka melebihi 4.90 juta orang manakala jangkitan terus meningkat lebih 241 juta orang sehingga ke hari ini.

Amerika Syarikat terus mencatatkan kematian serangan virus Covid 19 lebih dari 744,385 orang disusuli oleh Brazil lebih 603,199 orang dan negara India lebih 452,156 orang. 

Bagi negara Mexico virus Covid 19 telah membunuh lebih 284,008 orang disusuli negara Rusia lebih 222,315 orang manakala United Kingdom lebih 138,527 orang serta negara Itali juga merekodkan kematian serangan Covid 19 lebih 131,571 orang. 

Dinegara Perancis turut mencatatkan kematian serangan virus Covid 19 lebih 117,245 orang disusuli oleh negara  Indonesia lebih 142,933 orang sementara negara Filipina 40,580 orang, Malaysia 27,858 orang dan Thailand lebih dari 18,205 orang. 

Apapun langkah mevaksinkan penduduk dunia dilakukan setiap pemerintah negara negara maju mahupun membangun jika tidak ada pemantauan penjarakan diri dan pemakaian pelitup muka sempurna ditempat  umum adalah terlalu sukar mahu memutuskan rantaian penyakit Covid 19 jelas golongan veteran pekerja pemerintah dinegara negara maju. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan