Rabu, 13 Oktober 2021

MAMPUKAH PARTI INI BERTAPAK DI SARAWAK SABAH ? 

Oleh. Gifkir Aming 

Parti Kuasa Rakyat menjadi sebutan dikalangan penggemar nama parti politik baru namun sukar diramal sambutan nya jika masuk sekalipun ke Sarawak dan Sabah  apa tak lagi teraju kepimpinan yang hendak menaja bagi kedua dua negeri tersebut kurang dikenali sebilangan besar warga kedua dua negeri terbabit. 

Parti Kuasa Rakyat juga wajib  turun padang mendampingi warga kedua dua negeri tersebut jika berhasrat mahu bertanding dalam pilihan raya bagi kedua dua negeri tersebut ujar penduduk setempat. 

Sehingga hari ini belum ada kabar Parti Kuasa Rakyat mencari penyokong di Sarawak dan Sabah walaupun banyak sudah broker politik kedai kopi cuba mempromosikan nama parti tersebut setiap hari namun pendengar sekadar tersenyum memerhati broker politik kedai kopi yang menghibur pengunjung kedai kopi. 

Apapun pengundi sekadar menunggu pemimpin tertinggi parti tersebut datang ke Sarawak dan Sabah dimasa akan datang bagi memperkenalkan perjuangan parti tersebut kepada kedua dua negeri tersebut.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan