Rabu, 13 Oktober 2021

Oleh. Huzera Ben 

KORBAN COVID 19 TERUS MENINGKAT 

New York. Dunia merekodkan kematian serangan virus Covid 19 dalam sehari lebih 6,330 orang walaupun jutaan masyarakat divaksin setiap hari namun ada sahaja yang tewas dalam serangan virus tersebut setiap detik.

Sehingga hari ini korban virus Covid 19 seluruh dunia melebihi 4.88 juta orang dengan jangkitan meningkat lebih 239.41 juta orang sejak dari tahun 2019 lagi tanpa mengira telah divaksin lengkap mahupun golongan belum divaksin. 

Amerika Syarikat terus meningkat korban serangan Covid 19 melebihi 737,260 orang disusuli negara Brazil lebih 601,398 orang, India lebih 451,220 orang, Mexico lebih 282,227 orang. 

Dinegara Rusia tidak terlepas serangan virus Covid 19 apabila melebihi 218,345 orang telah terbunuh sehingga hari ini disusuli negara United Kingdom lebih 137,944 orang, Itali melebihi 131,384 orang, Perancis lebih 117,150 orang.

Bagi negara negara tengah membangun Indonesia merekodkan kematian serangan virus Covid 19 lebih dari 142,763 orang, Filipina lebih dari 39,896 orang Malaysia lebih dari 27,896 orang dan Thailand lebih 17,835 orang namun mengejutkan jangkitan di Indonesia sampai hari ini lebih 4.22 juta orang manakala kematian terus tertinggi kekal lagi Amerika Selatan lebih 1.5 juta orang. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan