Selasa, 19 Oktober 2021

COVID TERUS MEMBUNUH DIDUNIA 

Oleh. Huzera Ben 

New York.  Dunia terus diserang Covid 19 dengan angka kematian lebih 4.91 juta orang manakala jangkitan terus meningkat lebih 241 juta orang sejak dari tahun 2019 tanpa mengira negara maju mahupun masih membangun. 

Amerika Syarikat terus merekodkan jumlah kematian sejak serangan Covid 19 bermula sehingga hari ini lebih 744,546 orang, disusuli negara Brazil lebih 603,324 orang manakala negara India lebih 452,321 orang. 

Dinegara Mexico terus mencatatkan kematian serangan Covid 19 lebih dari 284,321 orang sejak 2019 dan sehingga ke hari ini, negara Rusia merekodkan kematian lebih dari 223,312 orang sehingga hari ini. 

 Di United Kingdom juga turut merekodkan kematian serangan Covid 19 lebih 138,584 orang, Itali  juga mencatatkan kematian serangan Covid 19 lebih 131,541 orang manakala Perancis melebihi angka kematian 117,265 orang. 

Dalam negara membangun Indonesia merekodkan kematian serangan Covid 19 lebih dari 142,952 orang disusuli negara Filipina lebih dari 40,675 orang, Malaysia lebih 2727,921 orang manakala Thailand lebih 18,273 orang. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan