Jumaat, 29 Oktober 2021


 PADANG BOLA SEPAK PERLU NAIK TARAF 

Oleh.  Gason Dumiri

Sook. Belia dan Beliawanis meminta kerajaan Sabah menaik taraf kan Padang Bola Sepak di Rancangan Belia Tiulon dekat sini bagi kemudahan generasi mereka dimasa akan datang. 

Sudah berpuluh tahun mereka menggunakan padang kampung terlibat serba dhaif namun tidak ada bantuan kerajaan Sabah dan Malaysia amnya bagi menaiktarafkan kedudukan padang tersebut ujar penduduk sekitar

Antara yang diperlukan adalah pemagaran sekeliling disamping  menambahbaik semua prasarana  padang terbabit agar sentiasa memberi semangat dan daya saing terhadap semua prasarana perkampungan yang berhampiran. 

Semoga dengan pendedahan ini Padang Bola Sepak Rancangan Belia Tiulon Sook dapat dinaiktaraf kerajaan Sabah mahupun Kerajaan Pusat dapat meluluskan peruntukan  kilat bagi membaiki prasarana tersebut.  





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini  tanpa kelulusan pengurus penyiaran  dan pengiklanan Kuala Lumpur. Pengarang 

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan