Isnin, 25 Oktober 2021

COVID 19 TIADA PENGHUJUNG 

Oleh. Huzera Ben 

New York.  Saban hari Covid 19 terus membunuh dipelusuk dunia sebaik berlaku kelalaian dikalangan masyarakat berbilang bangsa dan agama tanpa mengira apa kedudukan sekalipun namun masih ramai yang membelakangkan SOP seperti penjarakan diri dan bersalaman terus masih dilakukan golongan yang degil dengan alasan sudah dua dos lengkap di vaksin. 

Dalam data rekod dunia hari ini kematian serangan Covid 19 hampir 5 juta  orang manakala jangkitan lebih 244 juta orang sejak 2019 sehingga hari ini tanpa ada petanda ianya akan berakhir. 

Amerika Syarikat juga mencatatkan kematian serangan Covid 19 lebih 756,205 orang disusuli negara Brazil dengan kematian lebih 605,569 orang dan negara India juga merekodkan kematian serangan Covid 19 lebih 454,301 orang. 

Bagi negara Mexico kematian serangan Covid 19 lebih 285,953 orang, disusuli negara Rusia dengan kematian lebih 229,528 orang manakala negara United Kingdom lebih 139,461 orang sejak 2019 sehingga hari ini. 

Itali juga terus diserang Covid 19 dengan angka kematian lebih 131,802 orang, manakala Perancis merekodkan kematian serangan Covid 19 lebih 117,463 orang sementara negara Indonesia lebih 143,176 orang.

Dalam kerancakan pengagihan vaksin kepada setiap lapisan masyarakat antara negara maju dan negara membangun Filipina mencatatkan kematian serangan Covid 19 lebih 41,585 orang, disusuli Malaysia lebih 28,534 orang korban Covid 19 dan Thailand mencatatkan kematian serangan Covid 19 lebih 18,699 orang sejak tahun 2019 sehingga ke hari ini. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan