Jumaat, 29 Oktober 2021


 BERSATU GAYARATAU BERSUARA 

Oleh. Gifkir Aming

Tampaluri. Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Mukim Gaya Ratau semakin mantap dan mendapat sokongan ramai masyarakat setempat, pemimpin PPBM Mukim Gaya Ratau juga mencadangkan agar calon Parlimen Tuaran pada PRU kali kelima belas akan datang diberi kepada kepimpinan parti tersebut bagi mendepani siapa juga calon dari pihak pembangkang sebagai merebut semula kerusi tersebut dari BN yang dibawa lari oleh pemimpin yang tidak mendapat restu dari seluruh rakyat Parlimen Tuaran 

Sebagai menghargai perjuangan seluruh Ketua Ketua PDM Bersatu seluruh Sabah adalah wajar kepimpinan negeri dan pusat amnya memberi Surat Perlantikan Dan Pengesahan sepanjang tempoh mereka memegang jawatan tersebut demi memperkasa khidmat mereka terhadap seluruh ahli ahli diperingkat mukim mereka, ini penting sebagai menghargai khidmat dan perjuangan  seluruh Ketua PDM yang mampu memperkemas semua cawangan cawangan didalam kawasan mukim yang dipertanggungjawabkan terhadap mereka selama memimpin hasil kerjasama seluruh ketua ketua cawangan dan ahli ahli tanpa berbelah bahagi sehingga tamat tempoh perkhidmatan yang digalas ketua ketua PDM.

Usul dibahas semua pemimpin dan ahli ahli Parti Peribumi Bersatu Mukim Gaya Ratau dalam satu mesyuarat AJK Mukim yang diadakan sebagai gerak kerja dan persediaan sebarang kemungkinan jika berlaku pilihan raya parlimen kali kelima belas pada bila bila masa, mereka juga mengetengahkan suara semua ketua ketua cawangan dalam mukim GAYARATAU yang mahu belas ehsan dari pemimpin negeri serta Presiden agar diberi elaun bulanan bagi kepentingan menjaya pelbagai kerja diperingkat cawangan bersama sama ahli agar warga kampung setempat sepanjang menerajui kepimpinan sebagai ketua cawangan ujar mereka. 

Semua usul yang dibahaskan ini merupakan kepentingan  semua kepimpinan Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) serta Ketua Ketua Cawangan yang banyak berkorban untuk parti memperkasa sokongan diperingkat cawangan dan kampung sepanjang memegang  jawatan Ketua Cawangan  ujar mereka pada Mesyuarat  mukim mereka hari ini. 

Semua Ketua Ketua Cawangan serta suara ahli ahli PPBM Mukim GAYARATAU menyokong Ketua Pusat Daerah Mengundi 

GAYARATAU En. Paranting Lipayan dikekalkan sebagai Ketua PDM sepenggal lagi kearah memperkasa perjuangan parti  berkekalan  selagi  rakyat setempat mendapat pembelaan dari kepimpinan negeri dan pusat amnya  demi  perjuangan parti tersebut sepanjang masa  jelas mereka. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan