Selasa, 12 Oktober 2021

JALAN SK. KEBAYAU AKAN DI KONKRIT ? 

Oleh. Koijul Hairol 

Kota Kinabalu. Jalan Raya menuju SK. Kebayau dilapor akan dibina menerusi konkrit sejauh lebih kurang 750 meter dimana pembinaan pertama dilapor 1999 hingga 2001 hasil pengumuman Datuk Seri Azmi Khalid Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia masa tersebut.

Jalan Kg. Kebayau dan Kg. Temalang serta Kg. Logkou Baru serentak dibina dalam tarikh yang sama namun hingga kini jalan Kebayau mengalami kerosakan teruk akibat Aspal habis terhakis banjir dan kini baru dilaporkan akan disimen konkrit bagi memperbaiki jalan tersebut tanpa disebut pembaikan perparitan sepanjang jalan menurut sumber penduduk tempatan. 

Jalan Raya Kg. Kebayau dan Kg. Tamalang adalah jalan terlalu sempit walaupun kampung tersebut dibuka era 1950 an dahulu namun tidak mendapat kemajuan memberangsangkan masa kini. 

Sehubungan dengan pendedahan ini kerajaan Sabah meninjau sebenar kedudukan perparitan sepanjang jalan raya terlibat agar serentak diperbaiki demi kemudahan penduduk Kg. Kebayau dan Tamalang secara aerentak tegas para penduduk yang ditemui .





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan