Sabtu, 9 Oktober 2021

BILA BERAKHIR KORBAN COVID 19 

Oleh. Huzera Ben 

New York. Setiap hari penduduk dunia saling bertanya sesama sendiri bilakah Covid 19 berhenti membunuh manusia yang tidak berdosa khususnya mereka yang sudah divaksin lengkap atau lebih dua dos dalam diri masing masing tanpa mengira usia warga emas mahupun muda mudi masa kini. 

Hari ini dunia digegarkan lagi kematian serangan Covid 19 terus meningkat lebih 4.85 juta orang termasuklah jangkitan lebih 238 juta orang sejak tahun  2019 sehingga masa kini. 

Negara Amerika Syarikat yang termaju dan mendahului vaksinasi lengkap terus merekodkan kematian  serangan Covid 19 lebih 732,477 orang, disusuli negara  Brazil lebih 600,493 orang, manakala negara India Covid 19 telah membunuh lebih 450,408 orang dari tahun  2019 sehingga hari ini. 

Negara Mexico merekodkan kematian serangan Covid 19 lebih 281,610 orang, negara Rusia juga merekodkan kematian serangan Covid 19 lebih 213,549 orang, United Kingdom turut mencatatkan kematian serangan Covid 19 lebih 137,541 orang sejak 2019 sehingga masa kini. 

Bagi negara Itali  terus melebihi 131,228 orang serangan Covid 19 sejak tahun 2019, Perancis 117,029 orang,  Jerman lebih 94,988 orang, Sepanyol lebih 86,778 orang, Indonesia kematian serangan Covid 19 sejak tahun 2019 lebih 141,560 orang, Filipina lebih 39,232 orang, Malaysia lebih 27,191 orang dan Thailand lebih 17,607 orang.

Berdasarkan kepada peningkatan kes kematian serangan Covid 19 seluruh dunia walaupun majoriti telah divaksinkan penuh dua dos malah ada yang lebih tiga dos tidak seorangpun mampu meramal bila Covid 19 akan berakhir membunuh manusia sejagat. 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan