Jumaat, 15 Oktober 2021

COVID 19 MEMBUNUH MANUSIA TIAP HARI 

Oleh. Huzera Ben 

New York. Setiap hari virus covid 19 membunuh lebih 7,239 orang diseluruh dunia sejak kebelakangan ini menurut rekod dunia masa kini walaupun hampir semua warga dunia telah lengkap menerima dua dos vaksinasi mereka. 

Sehingga hari ini  Covid 19 telah membunuh lebih 4.88 juta orang manakala jangkitan juga telah melebihi 239.41 juta orang tanpa memilih jantina dan usia. 

Amerika Syarikat sehingga hari ini telah merekodkan kematian lebih dari 739,650 orang serangan Covid 19  sejak tahun 2019 , disusuli Brazil lebih 601,643 orang dan India 451,469 orang. 

Negara Mexico turut merekodkan kematian serangan Covid 19 lebih dari 282,773 orang, Rusia lebih 219,329 orang, United Kingdom lebih dari 138,080 orang manakala Itali lebih dari 131,421 orang. 

Negara Perancis terus diserang Covid 19 dengan angka kematian yang direkodkan lebih 117,173 orang sejak 2019, Indonesia terus mencatatkan kematian serangan Covid 19 lebih 142,811 orang manakala jangkitan terus meningkat lebih dari 4.23 juta orang sehingga hari ini. 

Dinegara Filipina Covid 19 sudah membunuh lebih 40,069, Malaysia melebihi 27,593 orang manakala negara Thailang juga terus meningkat lebih 17,913 orang. 

Ramai negara maju mendakwa Covid 19 boleh ditangani tanpa mendekatkan diri dengan orang ramai setiap hari, walaupun golongan yang telah lengkap 2 dos vaksin jika melanggar SOP dengan berpegang tangan, berkepit kepit antara satu sama lain apa tak lagi bersalaman dan bergesel pipi kiri kanan sudah pasti Covid 19 terus merebak dengan pantas tanpa mampu menghalang Covid 19 bersandarkan vaksin mereka semata mata. 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan