Ahad, 24 Oktober 2021

KORBAN COVID 19 TERUS MENINGKAT 

Oleh. Huzera Ben 

New York. Dunia terus diserang Covid 19 tanpa ada tanda tanda ianya akan berakhir walaupun sudah banyak vaksin disuntik seluruh negara negara maju sepanjang tahun 2021 ini namun kematian terus meningkat lebih 4.95 juta orang manakala jangkitan juga terus melonjak lebih 243 juta orang.

Amerika Syarikat merekodkan kematian serangan Covid 19  lebih 755,647 orang, disusuli negara Brazil lebih 605,211 orang manakala negara India lebih 453,742 orang dan Mexico lebih 285,953 orang. 

Bagi negara Rusia Covid 19 telah membunuh lebih 228,453 orang, diikuti negara United Kingdom lebih 139,326 orang manakala negara  Itali lebih 131,763 orang dan negara Perancis lebih 117,440 orang. 

Bagi negara membangun Covid 19 membunuh lebih 143,153 orang di Indonesia dari 2019 sehingga hari ini, Filipina juga merekodkan kematian serangan Covid 19 lebih dari 41,520 orang disusuli oleh Malaysia lebih 28,321 orang dan Thailang lebih 18,699 orang.

Dunia harus mengguna pakai penjarakan diri lebih 5 kaki setiap seorang  dikhalayak ramai dan sentiasa memakai pelitup  muka tepat menutup hidung dan mulut ditempat ramai orang awam jika mahu memutuskan rantaian covid 19 jangka panjang. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan