Selasa, 31 Januari 2017

Oleh. Williem Anak Lagau
TAKZIAH MANGSA BOT PELANCONG KARAM
SABAH. Tragedi Bot Pelancong Karam perlu disedari semua syarikat pengangkutan pelancong agar mematuhi semua syarat dan garis perundangan yang telah ditetapkan pihak berkuasa tempatan setiap masa, malah mana mana syarikat pengangkutan pelancong yang berulang melakukan kesalahan sehingga mengorbankan nyawa golongan pelancong harus bertanggongjawab membayar gantirugi keluarga mangsa atau menerima hukuman setimpal termasuk menutup pengangkutan mereka.
Bagi keluarga mangsa korban Bot Karam dari Tanjung Aru ke Pulau Mengalun ungkapan takziah dihulurkan dan bersabar pada segala ketentuan Tuhan maha berkuasa walaupun perit mengharunginya namun kita yang hidup perlu meneruskan usaha kearah memperbaiki segala kekihalafan, sememanya amat pedih menerima musibah melanda akibat kelalaian pihak tertentu namun adalah baik kita berserah kepada undang undang bagi menentukan hukuman terhadap mana mana pihak yang bertanggongjawab menyebabkan kejadian seumpama berlaku.
Mohd. Latif Abdullah berkata demikian sebagai mengulas kejadian Bot Pelancong Karam yang belayar dari Tanjung Aru menuju ke Pulau Mengalun dimana dilaporkan mengorban 3 nyawa (setakat berita ini ditulis) dan menjadi bahan politik para pemimpin pembangkang dari Kuala Lumpur mengecam golongan pemimpin kerajaan BN dengan membiarkan syarikat berkaitan, malah pemimpin pembangkang juga cuba meraih sokongan politik dengan menyalahkan menteri kerajaan sedangkan pengurusan syarikat yang bertanggongjawab keatas tragedi tersebut pemimpin pembangkang tak sebut pun berbeza dengan pihak berkuasa kerajaan telah menahan pemilik Bot tersebut ujar beliau penuh kesal.
Mohd. Latif Abdullah menambah, sebagai anak jati asli Sabah adalah menjadi kewajipan bagi melakukan teguran terbaik agar semua pemimpin pembangkang parti dari luar Sabah tahu fakta yang bersalah dan jangan menghukum mereka yang tidak berkaitan, pemimpin pembangkang hanya bijak menuding salah bagi orang lain namun jika yang bersalah tu mirip kaitan dengan mereka (Pembangkang Dari Kuala Lumpur) sudah pasti segalanya dilindungi dan menuding etnik orang lain ujarnya.
Turut menyampai ucapan TAKZIAH MANGSA BOT KARAM menerusi media-terkini-sabah.blogspot.com ialah Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin Adun Klias merangkap Priseden Parti Harapan Rakyat Sabah dimana beliau juga mahu pihak berkuasa menyiasat tragedi tersebut agar pihak bersalah mendapat pengadilan setimpal, malah beliau yakin semua warga Sabah menyifatkan pemilik bot pelancong terlibat mengabaikan keselamatan pihak pelancong dimana syarikat lalai dan bukan pada menteri seperti yang didakwa oleh parti pembangkang berpusat dari Kuala Lumpur ujar beliau.

Khamis, 26 Januari 2017

Oleh. Bujie Tukarang
HARAPAN RAKYAT DAMPINGI TIONGHUA TANPA BATASAN
Beaufort. Perjuangan Parti Pakatan Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) telah diterima semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama terutama kaum tionghua sempena tahun baru Cina 2017 dengan kunjungan pemimpin tertinggi parti tanpa merasa lelah, perjuangan mereka menumpukan perhatian pada seluruh rakyat jelata walau dimana sekalipun rakyat berada selagi mampu memperjuangkan kepentingan rakyat jelata dalam negeri Sabah terus menjadi keutamaan dan jauh sekali pelbagai tohmahan mengejar kepentingan peribadi.
Perjalanan para pemimpin tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) sepanjang hari  ini meliputi Beaufort, Kuala Penyu dan Menumbuk bagi mengagihkan Kalender serta Orenge kepada para tetamu diseluruh kedai kawasan tersebut, malah ramai kaum tionghua setempat berterima kasih dengan program yang dianjurkan oleh kepimpinan tertinggi Harapan Rakyat demi mengingati rakyat jelata kaum Cina walaupun para pemimpin terlibat merupakan golongan KDM namun ingatan tulus iklas tetap disempurnakan.
Menurut masyarakat kaum tionghua sekitar Beaufort, Kuala Penyu dan Menumbuk yang ditemui Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin merupakan pemimpin yang berkrisma dan tidak pernah melupakan tanggongjawab nya terhadap rakyat jelata setiap masa, hanya musuh politik sahaja yang sering mempertikaikan krisma kepimpinan Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin dan bukan dari kami rakyat jelata Beaufort Kuala Penyu atau Menumbuk dimana tiap tahun kerap sekali Pemimpin Harapan Rakyat Sabah melakukan lawatan bertanya kabar berita ujar mereka.
Diantara pemimpin Harapan Rakyat mengiringi Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin menemui kaum Tionghua di Beaufort, Kuala Penyu dan Menumbuk ialah, Datin Normilah Siong (Isteri) Mr. Kanul Gindol Pengarah Komunikasi Harapan Rakyat, Yang Berbahagia Karim Adam (Mantan Wakil Rakyat Dun Kundasang) kini Ketua Penerangan Parti Harapan Rakyat Sabah dan Naib Presiden Harapan Rakyat Sabah Patrick Sadom.

Rabu, 25 Januari 2017

GONG  XI FATT CAI 2017
KEPADA SELURUH LAPISAN MASYARAKAT TIONGHUA DAN RAKYAT BERBILANG KAUM  DALAM KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI KLIAS AMNYA PARLIMEN BEAUFORT SERTA NEGERI SABAH AMNYA. SEMOGA PADA TAHUN 2017 INI MAMPU MEMBENTUK PERMAUFAKATAN SOLIDERITI PENUH KECINTAAN DEMI MAJU DALAM PEMBANGUNAN YAKIN PENUH HARAPAN KITA BERSAMA MEMPERKUKUH EKONOMI RAKYAT DAN NEGERI KITA BERSAMA. DARIPADA,   DATUK SERI PANGLIMA LAJIM HAJI UKIN WAKIL RAKYAT DEWAN UNDANGAN NEGERI KLIAS MERANGKAP PRISEDEN PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH (HARAPAN RAKYAT) SERTA SEISI KELUARGA.
Oleh. Williem Anak Lagau
PBS BAHAGIAN KADAMAIAN PERLU TOLERAN
Kota Belud. Penyokong Barisan Nasional menggesa kepimpinan PBS Bahagian Kadamaian agar bertoleransi dan menerima segala kehendak seluruh penyokong BN tanpa menafikan hak hak serta kuasa kuasa semua pegawai mahupun pemimpin parti kompenan yang lain bagi mengelak perpecahan dalam berhadapan parti pembangkang PRU 14 akan datang, selain dari itu terdapat juga beberapa pemimpin PBS Bahagian yang sukar menerima teguran membina daripada rakan rakan parti kompenan BN apa tak lagi dikalangan ahli ahli PBS sendiri sejak selepas pemilihan parti PBS bahagian yang baru bagaikan serumah berlainan meja dan pintu.
Hasrat PBS Kadamaian bagi menebus kerusi tersebut ditangan parti pembangkang terlalu sukar jika PBS bahagian tidak terus bermuhassabah memperbaiki diri apa tak lagi tak habis habis membuat komplen sesama ahli parti PBS sendiri, malah ia akan memperkukuhkan kekuatan parti pembangkang setempat menjelang tarikh pilihan raya ke 14 akan datang walaupun ramai meramalkan KADAMAIAN mantap BN namun pengundi parti pembangkang sejak setahun lalu bicara kedai kedai Kopi sungguh kukuh BN.
Kemelut perpecahan PBS Kadamaian dipercayai telah sampai kepengetahuan Datuk Seri Panglima Maxsimus Ongkili menurut sumber maklumat ahli ahli PBS bahagian DUN Kadamaian namun belum ada tanda tanda perdamaian dikalangan jentera PBS Bahagian dan ahli ahli PBS serta kompenan BN sehingga kini, perbelahan seumpama jika kurang gerakan penyatuan mampu memberi bunos kekuatan terhadap pelbagai parti pembangkang apa tak lagi dalam situasi panas menghadapi pilihan raya ke 14 Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) Kadamaian yang dijangka tidak lama lagi ujar penyokong BN setempat.
Kepimpinan PBS bahagian Kadamaian juga terus dibelenggu berikutan keengganan segelintir Pemimpin bahagiaan menjadi  rakan rakan satu perjuangan menghadapi pilihan raya ke 14 diramal tidak lama  lagi terhadap ahli ahli PBS mahupun dikalangan ahli ahli pelbagai parti kompenan BN setempat, perilaku serupa mampu memberi suntikan kekuatan mana mana parti pembangkang Sabah dan Malaysia amnya terutama HARAPAN RAKYAT, SOLIDERITI, PCS dan SAPP dalam gabungan PAKATAN SABAH tidak terkecuali parti Semananjung Malaysia seperti DAP, KEADILAN, AMANAH, BERSATU, PAS dan parti tempatan WARISAN dan PERPADUAN SABAH.
Luahan penyokong PBS dan Parti kompenan BN dalam lawatan media terkini Sabah dalam kunjungan KRU Media di Dun Kadamaian bagi mendapat maklumat pergolakan PBS Bahagian yang dilaporkan sedang bergolak panas akibat bimbang berlaku perebutan calon pilihan raya, masyarakat DUN Kadamaian menjangkakan jika kemelut seumpama gagal ditangani sampai menjelang pilihan raya akan datang sudah pasti saham penyokong parti pembangkang akan terus melonjak naik dimana mungkin mampu memenangi Dun pada PRU ke 14 akan datang ujar mereka
Menurut orang kampung penyokong PBS BN antara orang yang lebih berberkelayKberkelayakan menjadi calon BN Kadamaian ialah PPM Daimin Sulukan lebih 20 tahun sebagai Setiausaha PBS Bahagian Kadamaian tanpa ada cacat celah dalam PBS sehingga kehari ini, apapun pendedahan ini terserahlah jepada Datuk Seri Panglima Dr. Maxsimus J. Ongkili serta pemimpin tertinggi BN UMNO Sabah bagi memberi sokongan kepada PPM Daimin Sulukan diangkat menjadi Calon Pilihan Raya DUN Kadamaian akan datang
"HARAPAN SELURUH PENGUNDI PBS DAN BN UMNO KADAMAIAN AKAN MENDAPAT CALON PILIHAN RAYA KE 14 AKAN DATANG DEMI KEMENANGAN BN DUN KADAMAIAN YANG DITAWAN KEADILAN PADA PRU KE 13 MASA LALU".

Selasa, 24 Januari 2017

Oleh. Bujie Tukarang
PERTEMBUNGAN POLITIK HEBAT SATU LAWAN LIMA ?
Parlimen Tuaran. Para pemimpin gabungan pakatan Sabah akan bertembung sekurang kurangnya lima atau enam parti politik bertanding diempat kerusi Dun dan satu kerusi parlimen pada pilihan raya ke 14 tidak berapa lama lagi jika gagal membentuk pakatan bermula dari sekarang, parti gabungan pakatan Sabah kawasan tersebut juga setakat (berita ini ditulis) belum memperlihatkan hubungan baik dan erat mana mana pihak melainkan bersama gerakan kerja dan lawatan bersama ahli ahli parti mereka tanpa berkongsi dengan badan badan NGO dan media setempat walau melihat didepan mata nereka.
Parti pakatan Sabah kawasan parlimen Tuaran mempunyai tanggongjawab menjaga Dun Kiulu, Dun Tamparuli, Dun Sulaman serta Dun Dalit masing masing memiliki etnik berbilang bangsa mahupun agama yang berbeza beza dan wajar dihormati khususnya aspek pemakanan untuk umat Islam dalam setiap program lawatan bersama rakyat jelata, jika tidak ia boleh menyinggong perasaan kaum beragama Islam apabila dihidangkan makanan pada kedai bukan beragama Islam walaupun mereka (pemimpin) tahu ramai pengiring mereka beragama Islam namun tidak ada keutamaan memberi pemakanan dijedai Islam berhampiran.
Demikian pendedahan beberapa peserta dalam JELAJAH PAKATAN SABAH antara SOLIDERITI DAN PCS (tidak ada wakil harapan) dipekan Tamparuli bagi pengagihan kalender sempena Gong Xi Fa Cai 2017 hari ini, komitmen mereka senemangnya baik dalam sepakat menemui rakyat jelata pelbagai kaum namun terlepas pandang menghormati umat Islam yang bersama sama dengan mereka apa tak lagi Tamparuli dilaporkan ramai Dusun sudah memeluk Islam ujar orang ramai.
Turut kelihatan pada pengagihan kalender tersebut ialah Presiden Parti Cinta Sabah Datuk Wilfred M. Bumburing merangkap Wakil Rakyat DUN Tamparuli, En. Kumin Novet Gilou (Presiden Persatuan Penjaja Bahan Basah Sabah) Datuk Edward Linggu Solideriti Tamparuli, En. Gaibin Ransoi PCS Kiulu dan En. Jasmin Dulin Solideriti Tamparuli serta beberapa pemimpin pakatan Sabah yang lain sebagai mendekati golongan kaum Tionghua yang menjalankan perniagaan kawasan Pekan Tamparuli dari pagi hingga tengahari.
KRU MEDIA TERKINI BERSAMA DENGAN PENGURUS BORNEO yang dalam rangka lawatan kekawasan Tamparuli sempat bersalaman dengan Datuk Wilfred M. Bumburing  Datuk Edward Linggu, Jasmin Dulin Gaibin Ransoi serta beberapa pemimpin pakatan Sabah setempat walaupun tidak ada undangan utama namun usaha mereka mendekati rakyat dipercayai menggerunkan BN setempat apa tak lagi dengan pakaian berwarna merah gagah berani.
"HARAPAN PIHAK PAKATAN SABAH PARLIMEN TUARAN AKAN DATANG MAMPU BERSEDIA MEMBERI KEDAI MAKAN ISLAM PADA PENYOKONG MEREKA BAGI MENJAMU SELERA DALAM SETIAP PROGRAM BERSAMA RAKYAT AGAR LEBIH MENARIK PERHATIAN SELURUH PENGUNDI ISLAM SELURUH PARLIMEN TUARAN MAHUPUN DUN DALIT, TAMPARULI, SULAMAN DAN KIULU AMNYA DEMI JENTERA POLITIK MENGHORMATI UMAT ISLAM SEBAGAI UGAMA RASMI MALAYSIA.

Sabtu, 21 Januari 2017

Oleh. Willeim Anak Lagau
PARTI KERDIL PARLIMEN TUARAN MAIN WAYANG
TUARAN. Pengundi kawasan parlimen Tuaran dinasihatkan agar menolak beberapa parti kerdil bersendirian yang mungkin mendapat tajaan pihak tertentu bagi memecahbelahkan pengundi PEJUANG PAKATAN SABAH yang kini semakin mantap dan mendapat sokongan orang asli Sabah, majoriti orang kawasan parlimen Tuaran tidak lagi mahu bertongkat utama dengan parti dari luar Sabah akibat sentiasa dipegang remot kontrol dalam setiap tampok kerajaan dan kini tidak salah mencuba parti pakatan gabungan Sabah sama seperti gabungan parti parti dinegeri Sarawak aman sentosa.
Tuaran juga memiliki DUN DALIT, DUN SULAMAN, DUN TAMPARULI dan DUN KIULU yakni satu kerusi penambahan baru iaitu DUN Dalit yang kini menjadi rebutan parti parti politik bagi menguji kekuatan pengaruh mereka menjelang pilihan raya ke 14 akan datang, tidak hairan lah dalam kegairahan berpolitik masa kini terdapat sebuah parti kerdil Sabah MAIN WAYANG cuba mendabik dada kuat berpengaruh dan mencuba nasib pada pilihan raya akan datang walaupun sekadar mendapat puluhan orang penyokong sahaja disetiap mukim.
Sebilangan penyokong parti kerdil berkenaan pula cukup sombong mendakwa parti mereka cukup terkenal dalam negeri ini namun membidas akbar akbar tempatan tidak memberi ruang slot siaran dalam isu isu program mereka walau pelbagai cara dilakukan, yang peliknya bila diperkenalkan pada rakan media nasional pantas menidak hubungan dimana konon nya lagi langsung tidak mendapat ruang siaran dari akbar berstatus nasional akibat halangan pihak pihak berkuasa yang gerun dengan kekuatan parti mereka dalam Sabah.
Demikian pendedahan Gilimor Bajukir sebagai merungkai pergerakan satu parti baru yang aktif berkempen kawasan parlimen Tuaran sejak beberapa bulan lepas namun tindakan mereka bagai cakap tak serupa bikin sehingga tak kenal orang sekeliling mereka, ada juga penyokong parti berkenaan cuba membidas parti pembangkang lain dalam Sabah atau dari Semananjung Malaysia yang dianggap tidak mendapat tempat dihati rakyat melainkan perjuangan parti mereka kearah masa depan rakyat negeri ini tanpa mengakui kelemahan kepimpinan mereka sendiri apa tak lagi dalam situasi politik panas masa kini ujar beliau.
Gilimir Bajukir menambah, bukan mengaibkan mana mana pemimpin parti politik masa kini namun sekadar memperingatkan mereka agar berwaspada dalam memoerkasa perjuangan parti politik mereka agar tidak mengguris perasaan orang orang disekeliling apa tak lagi ahli ahli politik tempatan jika mahu bersaing politik bersih jujur dan amanah, jika tidak berkemampuan jangan lah menjanjikan sesuatu yang tidak mampu ditunaikan apa tak lagi jika perjalanan parti politik tertentu sekadar pengaruh tidak seberapa pastinya sekadar menjadi kebencian orang ramai yang berdaftar sebagai pemilih kawasan setempat katanya.
JIKA MAHU PENGARUH POLITIK MENDAPAT SOKONGAN SEMUA LAPISAN MASYARAKAT JAUHKAN PERBUATAN MEMBIDAS PARTI LAWAN YANG SAMA SAMA BERJUANG BERSIH MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT JELATA SETEMPAT AMNYA NEGERI SABAH, AHLI AHLI POLITIK KERDIL JUGA PERLU MENGHORMATI PERANAN AKBAR AKBAR TEMPATAN DIMANA PERLU BIJAK MENJALANKAN URUSAN YANG DIPERLUKAN DAN BUKAN SESUKA HATI MAHU MEMBIDAS DENGAN PELBAGAI TOHMAHAN APABILA GAGAL BERURUSAN BAIK DENGAN SETIAP MEDIA MASSA DALAM DAN LUAR NEGARA SETIAP HARI.
Oleh. Bujie Tukarang
LEBIH RAMAI SERTAI HARAPAN RAKYAT
Kota Belud. Kemasukan beramai ramai bekas bekas pegawai kanan kerajaan dalam Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) membuktikan pengundi kawasan parlimen Kota Belud nekad mahu merubah pemimpin dikawasan tersebut selepas pilihan raya akan datang, malah pelbagai etnik terbesar kawasan Kota Belud sebulat suara mahu parti Harapan Rakyat Sabah dan gabungan pakatan lain mengotakan janji mereka satu lawan satu dengan BN pada pilihan raya akan datang tidak termasuk parti pembangkang dari Semananjung Malaysia jika mereka tidak sertai pakatan Sabah.
Selain dari bekas bekas pegawai kanan jabatan kerajaan turut menyertai Parti Harapan Rakyat Sabah ialah golongan artis artis tempatan serta golongan beberapa ahli perniagaan walaupun sekadar ahli biasa sahaja memandangkan mereka faham misi perjuangan pakatan Sabah, tidak hairan lah jika 4 kerusi DUN dan 1 kerusi Parlimen dalam kawasan Kota Belud mampu memberi kemenangan besar dalam pilihan raya kepada Pakatan Sabah jika bertanding satu lawan satu dengan BN atau 2 lawan 1 jika pembangkang Malaysia turut menurunkan calon bagi setiap Dun Sabah khususnya kawasan Parlimen Kota Belud.
Pengarah Kuminikasi Parti Harapan Rakyat Sabah merangkap Naib Ketua Bahagian Harapan Rakyat Parlimen Kota Belud Mr. Kanul Gindol berkata demikian pada media-terkini-sabah.blogspot.com semasa menerima kemasukan seorang bekas pegawai kanan Jabatan Pendidikan Sabah Kushan Koridau yang diterima Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin dekat sini, malah diramal DUN Kadamaian, Tempasuk, Usukan dan Pintasan serta PARLIMEN Kota Belud tidak mustahil pengundi akan memberi kemenangan kepada Pakatan Sabah seperti suara yang mereka ungkapkan dalam setiap jelajah para pemimpin Parti Harapan Rakyat Sabah jika mampu merealisasikan gabungan pakatan Sabah sampai pilihan raya jelasnya.
Menurut Kanul Gindol, semua pemimpin dari pakatan Sabah seperti SOLIDERITI TANAH AUR KU, PATI MAJU SABAH, PARTI CINTA SABAH dan PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH bahagian Kota Belud dijangka akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi menyusun jentera gerak pilihan raya dalam masa terdekat ini, penyatuan penting bagi meyakinkan seluruh pengundi kawasan parlimen Kota Belud agar boleh mendapat kepercayaan dalam perjuangan bertanding satu lawan satu dengan Barisan Nasional serta mana mana parti pembangkang dari Semananjung Malaysia yang tidak memberi peluang pada parti Sabahan dalam pilihan raya kali ini ujar beliau.
Media Terkini juga dimaklumkan semua parti gabungan dalam pakatan Sabah sudah siap siaga dalam gerakan pilihan raya terutama risikan pengundi disamping gerak gempur menangkis pelbagai tohmahan para pemimpin parti lawan yang panas memperdaya pengundi seluruh parlimen Kota Belud, adalah menjadi asas perjuangan semua parti gabungan pakatan Sabah tidak akan menyerah kalah apa tak lagi dituduh pelbagai tohmahan sebagai kuda tunggangan parti besar sedangkan parti Sabah nekad berjuang kearah pembela masa hadapan rakyat dalam negeri ini yang perlukan sesuatu perubahan jelas Harapan Rakyat setempat.