Ahad, 22 Jun 2025

WARGA LUAR BANDAR PERLU KEMAHIRAN ASAS

Oleh. Koijul Hairol 

Sabah. Penduduk luar bandar harus belajar ber
 sama badan pem

impin kampung apa yang wajib dibuat ketika didatangi orang luar yang tidak dikenali disetiap pintu rumah mereka. 

      Kebanyakan warga luar bandar yang didatangi orang luar yang tidak dikenali hanya dijadikan gurauan dalam watsap group tanpa ada yang bijak mengendali kes orang luar memasuki kampung mereka.

      Antara yang perlu difahami adalah,  adakah golongan orang luar memasuki perkampungan mereka berkaitan kakitangan kerajaan atau pegawai syarikat swasta, jika kedua dua ini yang memasuki perkampungan luar bandar adalah mereka tahu perundangan yang mana harus menemui Ketua Kampung atau Pengurusi JPKK atau JKKP terlebih dahulu sebagai memohon kebenaran masuk.

         Jika orang luar yang tidak dikenali memasuki perkampungan luar bandar tidak menggunakan prosuder ini orang kampung harus berhati hati dengan kehadiran mereka, mana mana orang yang berhajat baik memasuki perkampungan luar bandar perlu tahu langkah yang mereka gunakan agar tidak merisaukan para penduduk kampung terlibat.

         Ini penting dihayati orang kampung agar tidak hanya menjadikan gurauan didalam Watsap Group setiap hari mereka, malah jika ada warga luar yang tidak dikenali memasuki perkampungan anda tanpa merujuk Ketua Kampung atau JKKP atau JPKK perlu dijauhi.

       Malah warga kampung yang tidak tahu asas mendepani orang luar yang memasuki perkampungan mereka boleh minta petunjuk dari kedua dua pemimpin kampung mereka.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan