Isnin, 13 November 2023

PRN SABAH BAKAL PANAS

Bagaimana Corak Agihan Kerusi 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi/Basron Kirwan

Sabah. Bayangan PR
N negeri ini mula bertiup kencang dibibir rakyat sebaik Ianya diumum mungkin diawalkan tahun 2024 oleh 
Datuk Seri Panglima Haji Hajijih Haji Mohd. Noor Ketua Menteri Sabah merangkap Pengurusi Parti Gabungan Rakyat Sabah (PGRS) hari ini. 

Jika benar PRN 
Sabah diawalkan pasti akan berlaku pertembungan sekurang kurangnya 4 penjuru dalam setiap 73 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah kelak dengan PN, PGRS, BN RAKAN PH serta WARISAN dan KDM yang belum pasti kemana kerjasama mereka bentuk kelak.
 

Yang paling rumit adalah Parti Gabungan Rakyat Sabah yang dilaporkan masih ada ikatan dengan Perikatan Nasional sama ada mereka akan membahagikan juga kerusi terhadap parti parti didalam Perikatan Nasional Semananjung Malaysia dinegeri ini. 

Antara yang terdapat didalam PN ialah Gerakan, PAS, BERSATU, SAPP dimana mungkinkah PGRS akan bahagikan kerusi terhadap mereka jika PRN Sabah diawalkan, jika ianya akan menjadi kenyataan bagaimana kerusi kepada LDP, HARAPAN, USNO, PBS dan STAR yang juga gabungan didalam PGRS.

Selain dari itu adakah WARISAN dan KDM akan sama sama mencari gabungan parti besar ianya terletak didalam perancangan mereka demi meraih kemenangan sebagai parti tempatan Sabah, dalam konteks politik serupa BN dan PAKATAN HARAPAN sudah tidak bermasaalah dalam agihan kerusi memandangkan mereka sama sama didalam kerajaan Perpaduan. 

Parti UPKO juga mungkin didalam delema jika mereka memilih bersama PGRS atau BN PH berikutan hanya satu kerusi Adun dan 2 parlimen mereka yang dilaporkan kepada Media Terkini dekat sini masa kini.

BN dan Pakatan Harapan Sabah ada agenda terbesar  masing masing demi meraih sokongan padu pengundi di 73 kerusi Dun  memandangkan mereka adalah pemimpin anak watan Sabah semua yang mewakili parti tersebut dan penduduk disetiap Dun Sabah masing masing. 

Apapun percaturan politik mewakili semua parti tersebut pemimpin mereka perlu turun padang  memberi penerangan kepada semua penduduk didalam kawasan masing masing  jika mahukan sokongan majoriti besar dalam PRN kelak.




Nota. Dilarang membuat ulassn berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan