Rabu, 1 April 2020

Gambar Peringatan Sahaja
PEMATUHAN PKP KESELAMATAN KELUARGA
Oleh. Helary Sukiono
Kuala Lumpur. Saranan kerajaan pematuhan PKP kekal didahului Sarawak berikutan 26 kawasaan tidak ada sebarang Covid 19 dikesan sejak 18 March 2020 sehingga kehari ini dimana masyarakatnya patuh pada segala kempen para pemimpin kerajaan mereka, antara penekanan utama pihak pemimpin disarawak ialah rakyat perlu mematuhi perintah PKP sebagai langkah menghindari kematian dari Covid 19 seperti susunan keranda di Itali sehingga sukar hendak diurus menerusi keagamaan mereka serta membebankan pengkebumian dengan lambakan kematian setiap hari diseluruh hospital mereka.
Peranan rakyat hendaklah mengutamakan kesihatan keluarga sendiri terlebih dahulu dimana mengajak mereka mematuhi berdiam diri dirumah agar terhindar dari jangkitan Covid 19, bayangkan lah jika ada rakyat yang masih ingkar dengan arahan PKP dan tiap hari mereka terus dijangkiti penyakit Covid 19 bukan kah keluarga masing masing yang terkesan dengan jangkitan tidak terkawal jika kerajaan tidak mengawal kebebasan pergerakan rakyat negara ini secara  menyeluruh.
Sehubungan dengan langkah penyedaran yang dipraktikan dinegeri Sarawak memberi kesan negetif Covid 19 didua puluh enam kawasan negeri tersebut Semananjung Malaysia dan Sabah haruslah mematuhi PKP bagi menjauhi kematian dari istilah susunan keranda di Itali demi memelihara nyawa keluarga dan rakyat seluruh negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan