Rabu, 1 April 2020

 CONTOHI AJIS DERMAWAN PRIHATIN
Oleh. Jasly Dollah
Kundasang. Warga Sabah yang berkemampuan
perlu mencontohi langkah individu yang memiliki gerak hati menghulurkan derma masyarakat sekampung tanpa menanti bantuan dari kerajaan masa kini, walaupun individu terlibat bukan lah berjawatan atau bergelar peniaga namun hati kecilnya tetap memiliki rasa simpati orang tidak berkemampuan dalam situasi menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  yang sudah mencapai 14 hari pada masa kini dengan warga kampung berkurung diri.
Sokongan aktivis masyarakat Donius Bulangou dari Bundu Tuhan Kundasang melihat keupayaan rakyat biasa menghulurkan sumbangan warga sekampungnya walaupun tidak seberapa namun mampu menitis air mata bagi mereka yang mengerti keiklasan, malah berapa ramai warga prihatin seumpama membantu sekampung dengan mereka walaupun memiliki kedudukan tinggi tentu sekali boleh dihitung dengan jari telunjuk bagi negeri Sabah mahupun Malaysia amnya melainkan golongan yang berkait dengan pihak tertentu sahaja tegas beliau.
Menurut Donius Bulangou, walaupun tidak mengenali Ajis Dyonisius Lobinson secara dekat namun berdasarkan cerita kelab CSSK Kg. Minintod Inanam sejak sebulan lalu memang beliau (Ajis)  banyak membantu orang miskin di kampung nya, malah ada juga warga daerah Kota Kinabalu turut mengakui mengenali Ajis hasil pelbagai derma keatas insan insan terpilih dan amat memerlukan.
Donius Bulangou percaya Ajis Dyonisius Lobinson tidak putus asa menghulur  derma terhadap golongan yang memerlukan selagi kudrat termampu disamping menjadi teladan terhadap orang yang lebih berkemampuan namun terlalu berat hendak membantu golongan orang miskin jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan