Khamis, 12 Disember 2019

PARLIMEN KIMANIS PANAS
Oleh. Bujie Tukarang
Papar. Kerusi Parlimen Kimanis diramal menjadi rebutan dalam pelbagai parti politik  dalam pilihan raya kecil bagi mempertahankan kerusi tersebut milik mereka semasa pilihan raya kali ke 15 akan datang, pilihan raya kecil parlimen Kimanis juga menjadi idaman beberapa pertubuhan parti politik  sama ada dikalangan parti pakatan Harapan Rakyat atau dikalangan parti parti pembangkang Sabah walaupun Parti Warisan Sabah terus mempertahankan kedudukan parti mereka yang bertanding  dikawasan tersebut.
Dalam gerak tinjauan media terkini seluruh Parlimen Kimanis baru baru ini rakyat setempat menjelasnya hanya satu pilihan mereka tanpa dipengaruhi sebarang janji janji manis melainkan mempertahankan Tanah Kimanis untuk generasi keturunan mereka, warga Kinanis tidak akan percaya dengan dijanjikan bintang dan bulan selagi tidak ada jaminan keupayaan pemimpin parti politik berdiri diatas kaki sendiri bersama rakyat jelata secara keseluruhan mempertahankan tanah generasi penduduk asli Kimanis demi masa depan mereka apa tak lagi tanah geran NT 1958 dahulupun ada yang menggelar status setinggan dalam negeri Sabah cukup menakutkan kami rakyat asli di Kimanis ungkap MJRKS nama mahu disiarkan.  (GAMBAR YANG DISIAR INI SEKADAR HIASAN)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan