Isnin, 2 Disember 2019

PARLIMEN KIMANIS MILIK SIAPA?
Oleh. Williem Anak Lagau dan Huzera Ben
Sabah. Sebaik sahaja diputuskan Parlimen Kimanis terpaksa mengadakan pilihan raya semula berikutan keputusan Mahkamah membatalkan kemenangan Dato' Sri Anifah Aman teka teki tersebar meluas siapa menang antara Warisan dengan UMNO bergabung mungkin beberapa parti pembangkang Sabah masa kini,
dilaporkan Parti Warisan Sabah kekal mempertaruhkan Datuk Karim Bujang sebagai calon sebaik penamaan calon diumum oleh suruhanjaya pilihan raya negeri Sabah akan datang  berikutan Datuk Karim Bujang hanya tewas 156 undi sahaja pada pru ke 14 lalu dengan bertarung tiga penjuru termasuk Datuk Seri Lajim Ukin dari Parti Harapan Rakyat Sabah jelas mereka.
Terdapat juga ramalan jika berlaku pertarungan antara pembangkang dengan parti memerintah masa kini pada pilihan raya kecil parlimen Kinanis dalam masa terdekat rakyat setempat mahu melihat kekuatan kedua dua pihak, namun terserah lah pada pihak berkuasa kedua dua pemerintah dan pembangkang masa kini bagaimana mereka mempamerkan kekuatan dan kepimpinan mereka terhadap seluruh pengundi berdaftar bagi kawasan Parlimen Kimanis jelas aktivis politik setempat ketika dihubungi kru media terkini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan