Isnin, 3 Jun 2019

PROGRAM ISLAM PERLU DIBUAT OLEH ORANG BERTAULIAH KEAGAMAAN
Oleh. Basron Kirwan
Pahang. Pengagihan zakat, program berbuka puasa seharusnya dilakukan oleh golongan yang bertauliah dengan keagamaan dan bukan berbuka di Kuil seperti apa yang berlaku baru baru ini, zakat harus diberi menerusi serendah rendahnya Amil bertauliah dan bukan dikalangan bergelar menteri bukan beragama Islam serupa juga berbuka puasa di Kuil dimana selepas berbuka puasa adakah boleh bersholat terus didalam lingkungan Kuil jelas Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman bagi mengulas beberapa isu hangat baru baru ini.
Dalam kejadian baru baru ini pengagihan zakat dikalangan bukan Islam pimpinan Dap menggempar negara ditambah pula berbuka puasa dalam Kuil membuatkan Sultan Johor murka namun ditepis beberapa menteri dalam kerajaan Pakatan Harapan Rakyat sehingga Mufti Pahang memberi jawapan tegas.
Diharap agama Islam tidak lagi menjadi bahan percaturan pihak tertentu sehingga menjadi kemurkaan pihak Sultan, semua program melibatkan Islam perlu dirujuk ke Jabatan Berkaitan Islam agar tidak dijadikan pertikaian golongan Islam dan bukan Islam ujar beberapa Ulama Islam yang ditemui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan