Oleh. Jopis Anak Lagau BERAPA JUMLAH AHLI DALAM DUA PULUH DUA PARTI SABAH?
Sabah. Dalam pengumuman Datuk Seri Panglima Mohd. Shafiee Apdal Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Parti Warisan Sabah dengan jumlah keahlian Warisan masa kini dilaporkan melebihi dua ratus lima puluh ribu orang setakat ini, dalam perkiraan ringkas parti politik Sabah masa kini memiliki jumlah 21 parti tidak termasuk Parti Warisan dengan persoalan berapa kah jumlah keahlian setiap parti politik Sabah yang bersih tanpa pertindihan ahli mereka berdasarkan penduduk Sabah kurang dari 4 juta orang.
Percaturan politik dalam Sabah cukup menjadi persoalan dengan bilangan penduduk kurang dari 5 juta orang namun parti politik melebihi 22 parti yang saling bertanding mendaftar ahli mereka masing masing tanpa dapat dikesan ada berlaku seseorang mampu memiliki 3 hingga 5 kad keahlian parti politik, sampai bila pertindihan keahlian parti politik negeri Sabah bakal berakhir tentu sekali sukar dijawab oleh para pemimpin bahagian mahupun pusat parti khususnya pemegang amanah parti SETIAUSAHA AGONG yang dipertanggongjawabkan menerima semua borang keahlian parti diperingkat cawangan mahupun bahagian sebagai kelulusan diperingkat pusat tegas ahli parti golongan
veteran.
Menurut rekod parti politik Sabah yang diperolehi kru Media Terkini berpusat di Semananjung Malaysia ialah, PPBM, PKR, DAP, MCA, MIC, MIRA, GERAKAN, AMANAH, PAS, UMNO manakala Parti Sabah ialah, PBS, PBRS, WARISAN, PAN, USNO, STAR, LDP, SAPP, PERPADUAN, PPRS, PKS dan UPKO, jika setiap parti ini memiliki enam puluh ribu keahlian bayangkan berapa jumlah ahli bagi lebih 22 Parti politik yamg mengharap keahlian mereka disetiap kampung pekan mahupun Dun yang diwakili setiap ahli dikawasan masing masing.
Pendedahan ini sekadar renungan agar tidak ghairah memburu ahli ahli baru secara tanpa usul periksa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan