Selasa, 22 Januari 2019

Oleh.  Bujie Tukarang
MISTERI TERSEMBUNYI SUKAR DICARI
Tamparuli. Jika pelawat datang ke mukim Tamparuli masa kini tentu sekali pelbagai kisah ditemui terutama peniaga tamu mingguan termasuk lah khazanah dan peristiwa berlaku yang penuh menghairankan masyarakat sekeliling dan berbilang kaum,  peristiwa terbaru yang diperolehi ialah memaparkan kisah benar dalam mukim Tamparuli sepasang suami isteri berkhawin cara Islam sehingga kini sudah beranak namun dengan berani kini dikedai kedai kopi Tamparuli mengakui akan keluar Islam sebagai mematuhi kebebasan beragama namun tidak pula berani membuat akuan bersumpah keluar agama Islam atau membuat notis iklan kearah yang dimaksudkan jelas orang ramai yang ditemui.
Keajaiban Tamparuli masa kini juga cukup ganjil dimana tidak ada yang berani bersuara menegah peniaga dipercayai berstatus orang asing malah mungkin Pendatang Asing Tanpa Izin,  jika semua kisah ini dibiarkan kemumgkinan ianya akan lebih merumitkan semua generasi akan datang terutama isu isu yang berlaku didepan mata namun tidak ada sebarang tindakan dibuat pihak berkenaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan