Khamis, 20 Oktober 2016

Oleh. Arman Karim
Tajuk. JAUHI CAKAP TAK SERUPA BIKIN
Sabah. Semua lapisan masyarakat perlu menjauhi orang orang yang berlagak pemimpin dan ketua ketua masyarakat jika mereka tergolong dengan prinsip Cakap Tak Serupa Bikin dimana juga lokasi kedudukan mereka tanpa mengira kefahaman parti politik serta etnik kaum, golongan terlibat juga wajib diboikot jika menceburi arena politik agar tidak menduduki jawatan tertinggi semata mata memburu jawatan peribadi disamping harta amnya wang ringgit tanpa melihat kesusahan rakyat jelata dipelusuk negeri ini walaupun mereka tergolong berkemampuan namun sikap Cakap Tidak Serupa Bikin kekal dalam diri mereka.t
Prinsip Cakap Tak Serupa Bikin ini merupakan amalan golongan tertentu terutama pengamal parti politik semata mata mahu mendapat sokongan rakyat jelata disetiap kawasan Dewan UndanganUndangan Negeri mahupun Ahli Dewan Parlimen amnya, jestru itu rakyat berbilang kaum disetiap daerah wajar bersatu meneliti semua golongan yang menawarkan diri menjadi ketua mahupun meletak diri sebagai pemimpin parti politik setempat namun jarang sekali melihat orang susah dalam kawasan mereka sendiri.
Demikian pendedahan Mohd. Latif Abdullah ahli politik veteran era 70 an sebagai mengulas senario politik masa kini dimana sukar mencari orang yang benar benar prihatin terhadap warga kampung yang susah berbanding era 70 an, dalam banyak kepakaran masa kini seharusnya bijak berfikir bagi memilih ketua atau pemimpin parti politik demi melaksanakan tanggongjawab terhadap pelbagai lapisan masyarakat perlu membuktikan kemampuan mereka terlebih dahulu agar meyakinkan rakyat jelata tegasnya.
Mohd. Latif Abdullah menambah, masa kini terlalu banyak menawarkan diri bukan sahaja ketua ketua dalam sesebuah kampung malah badan badan NGO sekali serta parti parti politik namun terlalu sukar mencari orang yang cukup jujur dan prihatin pada orang susah, oleh yang demikian  dalam negeri ini haruslah cerdik pandai memerhati serta menilai setiap individu yang bakal mempromosikan diri menjadi bakal pemimpin agar tidak terpedaya dengan pelbagai kata kata manis tanpa membuktikan upaya mereka membantu rakyat katanya. Sehubungan dengan pendedahan ini rakyat jelata lah yang mengkaji keupayaan individu membuktikan upaya mereka menghulur bantuan pada golongan sasar demi mencapai sokongan dalam setiap pemilihan mengikut kawasan masing masing, jika golongan individu itu sudah dipilih menjadi ketua atau pemimpin terlalu sukar sudah untuk mengenepikan kuasanya dan golongan rakyat juga menempuh derita sepanjang kuasa berjalan tanpa dapat diketepikan dari jawatan mereka suka hati ujar orang ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan