Rabu, 29 Oktober 2025

ISRAEL TIDAK FAHAM GENCATAN SENJATA?

Oleh. Huzera Ben dan Helary Sukiono

Gaza. Tindakan zionis Israel mengebom beberapa kawasaan dibumi Gaza dilapor bagai Israel tidak tahu perundangan gencatan senjata dan pelan damai dimeterai mereka bersama Hamas.

        Para pemimpin dunia terus melihat perilaku Israel yang seolah olah rakus membunuh orang yang tidak bersalah serta bangunan yang menjadi kediaman orang menyembah bumi, ini merupakan kekejaman zionis Israel yang sangat menggerunkan malah tidak pantas wujud dimana mana negara sekalipun jika mahu mengekalkan keamanan seluruh dunia.

         Israel juga suka hati gencatan senjata dan suka hati mengebom mengikut naluri jiwa mereka sendiri tanpa sayang dengan nyawa orang mereka serang, malah para pemimpin negara seluruh dunia sekalipun ada yang tidak sanggup berjiran dengan perilaku zionis Israel yang menganggap perang umpama mainan hidup.

      Penduduk Gaza sudah tidak tahu bagaimana hendak mengusir Israel dibumi mereka sendiri berikutan beberapa negara sudah campur tangan namun tidak dihiraukan Israel, sampai bilakah Gaza dijajah terus oleh Israel menggunakan kuasa perang dan kawalan keliling sempadan sehingga menyukarkan bantuan dari luar memasuki Gaza.

      Apapun harapan warga Gaza agar ada para pemimpin dunia melihat dan membantu mereka bagi mengusir sepenuhnya Israel di Gaza, selagi Israel menduduki bumi Gaza tidak ada jaminan keamanan rakyat Palestin dibumi Gaza walau ratusan tahun sekalipun tegas mereka.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan