Sabtu, 18 Oktober 2025

PELBAGAI PARTI BERGERAK JUMPA RAKYAT?

Oleh. Basron Kirwan dan Gifkir Aming 

Sabah. Setiap kawasan Dewan Undangan Negeri 

Pelbagai parti menggerakan pemimpin mereka bertemu beberapa warga berpengaruh meraih undi dari rakyat setempat hampir setiap hari. 

     Kebanyakan parti parti Sabahan memainkan kempen mereka mengajak warga bersatu menyokong parti mereka demi masa depan Sabah, malah ada juga warga keliru semua parti politik dinegeri ini adalah dipimpin oleh semua penduduk asli Sabah  walau apa juga jenama parti tetap sahaja pimpinan warga Sabah.

      Satu suara warga veteran Sabah mengapa ada orang politik tempatan Sabah tidak mahu parti semenanjung Malaysia berada dalam Sabah walau dipimpin Sabahan sendiri, sebaliknya PH dijadikan rakan kongsi terus bersama di Sabah manakala yang lain sebilangan dari mereka menolaknya walaupun kebanyakan rakyat jelata tidak bersikap serupa.

       Para pemimpin kerajaan pusat datang melawat Sabah rakyat berbilang bangsa turut menyambut mereka tanpa ada rasa perbezaan politik bagi mereka, ini lah lumrah politik yang perlu diselami penduduk yang berwawasan agar tidak menimbulkan perbezaan selagi parti berkenaan dipimpin warga Sabah.

     Antara jejak langkah Media Terkini Harian menyelusuri naluri warga desa di Sabah yang memiliki pandangan berbeza beza berhubung kefahaman politik mereka, adapun golongan yang menolak parti Malaya ialah mereka tidak menghayati siapa sebenar pemimpin yang menerajui parti berkenaan adakah warga Malaya atau anak watan Sabah.

      Menurut orang lama dalam parti politik yang ditemui, lumrah para pemimpin parti politik saling meraih sokongan rakyat walau apapun hujahan mereka asalkan mendapat sorakan, sebaik selesai pilihan raya dan kerajaan negeri terbentuk tidak ada lagi istilah parti Malaya dan parti Sabah ia jelas pemimpin Sabah juga kerap ke Malaya ujar mereka.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan