Jumaat, 17 Oktober 2025

DUN TAMPALURI TERUS LARIS?

Oleh. Norsham Haji Tukirin

Parlimen Tuaran. Pemimpin parti politik kawasan Dun Tampaluri terus menawarkan diri menjadi calon yang terbaik untuk pengundi kawasan tersebut dengan pelbagai jenama parti yang diwakili, ia menyebabkan rakyat juga dilaporkan berpuak puak memihak kepada calon yang mesra dengan mereka tanpa mengutamakan wawasan dan agenda masa yang terbaik untuk kawasan terlibat.

     Ini didedahkan warga pengundi berkelompok bagi kawasan kerusi Dun N.14 Tampaluri dengan ramalan mereka boleh mencapai 11 calon pada pilihan raya november 2025, rakyat pengundi Dun Tampaluri juga mengaku sokongan politik mereka berkelompok mengikut calon dan parti yang diwakili siapa juga yang lebih mesra rakyat setempat tegas mereka.

      Antara parti besar yang dilaporkan mengambil bahagian calon adalah GRS, WARISAN, PKDM, BN, BEBAS, dan mungkin dari UPKO disamping beberapa parti kecil Sabahan yang mengagungkan Sabah untuk Sabah, ini lah yang dipercayai menjadikan pengundi kawasan Dun Tampaluri dilaporkan berpuak puak sokongan rakyat mengikut hubungan calon calon yang menawarkan diri bertanding dalam prn Sabah pada November 2025. 

        Menurut sebilangan warga Tampaluri kerusi Dun tersebut terus menjadi idaman pelbagai parti untuk bertanding dalam pilihan raya kali ini bagi meraih sokongan pengundi demi memenangi pilihan raya, namun terlalu sukar mendapat maklumat golongan pemimpin yang berusaha menjadi calon berikutan mereka lebih bergerak berkumpulan meraih sokongan pengundi dikawasan kawasan terpilih ujar mereka.

        Sehingga berita ini ditulis kelompok para penyokong calon calon yang berhasrat mahu bertanding dalam pilihan raya negeri bagi kawasan Tampaluri terus menggerak jentera masing masing dalam masa masa teepilih, siapapun  yang mencuba nasib menjadi calon bagi kawasan Dun Tampaluri dilaporkan bebas namun hendak menang bukan muda berikutan rakyat pengundi juga sudah bijak memilih calon pilihan mereka yang lebih prihatin semua warga.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan