Khamis, 16 Oktober 2025

GABUNGAN POLITIK PERLU BIJAK

Oleh. Joupis Anak Lagau dan Koijol Hairol 

Sabah. Ketua ketua gabungan parti politik dalam negeri ini perlu bijak memberi penerangan keatas jentera akar umbi mereka demi mengelak kekalahan calon dipilih, kegagalan berbuat demikian bakal  merugikan calon yang dipilih jika akar umbi didalam gabungan bertindak sepuluh langkah sepanjang kempen mereka.

        Terdapat desas desus dilaporkan jentera akar umbi dalam gabungan parti tertentu dinegeri ini sudah membayangkan jika calon yang dipilih dalam gabungan tidak mesra semua parti dan jentera bawahan, kuasa penggerak jentera diakar umbi bakal memilih satu langkah yang terbaik kearah masa depan mereka demi calon yang mesra dan memelihara mereka walaupun berbeza parti secara senyap dikawasan masing masing.

         Ini didedahkan para pemerhati politik lama sejak beberapa hari yang lepas dan mungkin tidak disedari golongan pemimpin tertinggi parti dalam gabungan tertentu, penyakit seumpama sudah lama berlaku didalam Sabah setiap kali pilihan raya namun ramai yang menganggap ianya perkara kecil sebelum tewas didalam peti undi ujar mereka.

       Malah dilaporkan juga sudah ramai  yang bergerak berkumpulan berhubung secara sulit bagi mengatur jentera kempen calon yang mampu memelihara mereka walau dipihak parti lain, tidak hairan lah banyak calon bertanding pilihan raya Sabah sering mengelak atau enggan dihubungi akbar Asia bagi melindungi permainan politik mereka yang memancing jentera parti lawan.

      Pemerhati politik lama juga yakin prn ke 17 ini juga bakal berlaku perbuatan seumpama jika ada calon terpilih dalam gabungan parti tertentu kurang mesra para orang bawahan kompenen mereka, calon dari parti lawan akan menggunakan langkah sama memancing mereka membantu kempen cara senyap dikalangan warga sekeliling mereka agar mampu menang pada pilihan raya.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

       
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan