Bumi Gaza. Pelan damai dan gencatan senjata baru lebih semin
Alasan Israel langsung tidak masuk akal berikutan yang mati bergelimpangan adalah wanita dan kanak kecil yang berteduh dibawah runtuhan bangunan kediaman mereka, ada kah para pemimpin negara maju seluruh dunia hanya sekadar menonton kekejaman yang dilakukan Israel tanpa merujuk perlanggaran tersebut kepada Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.
Israel juga kerap kali menutup sempadan bagi laluan penghantaran bantuan makanan, perubatan, pakaian sehingga masih ramai warga Gaza kebuluran, semua ini hanya ditonton seluruh dunia namun belum ada yang mampu menghukum zionis Israel sampai masa kini membuatkan Israel terus angkuh mengebom Gaza.
Pendedahan warga Palestin dibumi Gaza betapa zionis Israel terus mengganas dan membunuh penduduk Gaza tanpa perikemanusiaan walau tidak berkaitan dengan Hamas, warga Gaza juga bertanya apa pengertian Israel dengan Pelan Damai dan Gencatan Senjata jika mereka masih terus mengebom bumi Gaza sampai ramai yang terbunuh warga Palestin jelas mereka.
Satu harapan penduduk Gaza adalah bantuan pengaman bangsa bangsa bersatu dapat memasuki bumi mereka bagi melakukan kawalan yang lebih selamat berbanding cengkaman Israel, segala perilaku zionis Israel langsung tidak ditepati walaupun memeterai perjanjian pelan damai dan gencatan senjata sedangkan mereka yang melakukan pengeboman berulangkali tegas mereka.
Israel juga dilaporkan memiliki pemberontak upahan dipesisir sempadan tebing barat bagi mengganggu ketenteraman warga Palestin berhampiran, pemberontak upahan terlibat juga dibayar oleh zionis Israel setiap kali mereka melakukan kekacauan demi kelangsunan kerjaya dan kehidupan setiap keluarga mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang


Tiada ulasan:
Catat Ulasan